Detik cemas bertukar kelakar, Chong Wei kongsi peristiwa lucu dipanggil `Jason’ ketika beraksi di Olimpik
LAGENDA badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini mendedahkan, pernah melalui saat mendebarkan dan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Bekas jaguh Badminton Siri Super itu mengakui, pengalaman sulung tersebut membuatkan beliau cemas sewaktu berdepan wakil Hong Kong dalam pusingan pertama, Ng Wei.
Kegelisahan dan rasa gementar yang dilalui Chong Wei membuatkan jurulatihnya mendapatkan bantuan terapi dan pakar motivasi yang disediakan oleh kem Malaysia untuk peserta yang bertanding.
Ketika itu berlaku adegan melucukan oleh pakar psikologi sehingga mengundang tawa Pemain Badminton Terbaik 2008 itu.
Ahli terapi berkenaan asyik menyebat nama Jason sehingga mengundang kehairanan Chong Wei yang menyangka pegawai sukan itu tidak mengenali wakil negara dalam Sukan Olimpik.
"Weh bro, aku bukan Jason la.
"Saya tahu. Jason ialah nama saya, Saya pun cemas juga. Ini kali pertama saya jadi psychologist untuk acara begitu besar.
"Jadi, sebelum I motivate you, I motivate I sendiri dulu," kata ahli terapi itu.
Pengakuan pegawai berkenaan membuatkan Chong Wei bersama jurulatihnya tergelak besar sehingga perasaan cemas itu hilang dengan sendirinya.
"Terus gelak beruk aku dengan jurulatih.
"Terus hilang cemas aku, mungkin itu lah cara tersendiri psikologis ini.
"Jangan cemas, raih emas, atlet-atlet kita!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang