KPWKM sambut baik peruntukan belanjawan 2025: Tiada rakyat terkecuali, anak autisme pun diberi perhatian

No Image Caption
A
A
A

REZEKI anak syurga. Demikian yang boleh diungkapkan apabila kerajaan menerusi Belanjawan 2025, memperuntukan sebanyak RM3.64 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Wow! Ini lebih tinggi berbanding belanjawan 2024 yang hanya RM3.52 bilion! Sememangnya ini adalah satu perkhabaran yang cukup baik untuk semua!

Selain itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa yang sama memaklumkan, had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan dan pemulihan anak autisme akan ditingkatkan kepada RM6,000 pada 2025 berbanding RM4,000 tahun ini.

Bahkan, RM25 juta turut diperuntukkan bagi menguruskan anak-anak yang teraniaya serta melaksanakan program pemulihan akidah. Belanjawan 2025 yang dicadangkan oleh KPWKM kini telah menjadi realiti.

Fokus utama peruntukan itu juga bakal tertumpu kepada bantuan pendidikan dan sokongan khas untuk ibu bapa serta kanak-kanak autisme, yang sememangnya dinantikan!

Berikut adalah beberapa inisiatif hebat dan sokongan yang disediakan dalam Belanjawan 2025 untuk manfaat anak-anak,wanita dan keluarga:

1. Program-program Pemerkasaan Wanita seperti (RM25 juta):

- Pemerkasaan Profesionalisme Wanita;

- Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS);

- Pemerkasaan Ibu Tunggal;

- Subsidi Mamogram dan Kanser Serviks;

- Menyediakan bantuan Pasca Kanser Payudara;

- Kebajikan Wanita; dan

- Pemerkasaan Keselamatan dan Kesejahteraan Wanita

2. Pemerkasaan institusi keluarga melalui program-program berikut (RM200 juta):

- Program Pembinaan Asas Keluarga Negara;

- Program Pengukuhan Nilai Remaja (Program Pendidikan Seks dan Kesihatan Sosial);

- Subsidi Rawatan Kesuburan Kaedah Permanian Beradas; dan

- Kenaikan nilai ambang Kelayakan Bantuan Pesakit Terlantar JKM pendapatan isi rumah kepada RM5,000

3. Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) diperuntukan sebanyak (RM8 juta)

- Menawarkan perkhidmatan sosial yang memberikan sokongan emosi termasuk bimbingan dan kaunseling kepada kumpulan sasar seperti wanita, kanak-kanak, warga emas dan OKU untuk mengurangkan isu-isu psikososial.

4. Program pembangunan dan perkembangan kanak-kanak termasuk (RM9 juta):

- Subsidi Yuran Pengasuhan bagi ibu bapa/ keluarga berpendapatan per kapita bawah RM800 utk bandar dan RM500 utk luar bandar di Taska Institusi

- Subsidi yuran pengasuhan bagi pendapatan RM5000 ke bawah di Taska Komuniti

- Pasukan kebajikan kanak-kanak/ pasukan perlindungan kanak-kanak

- Pusat aktiviti kanak-kanak

5. Bantuan dan sokongan kepada ibu bapa serta anak-anak autisme seperti berikut (RM23 juta):

- Bantuan Yuran Pembelajaran 30,000 anak Autisme bagi meringankan beban ibu bapa yang layak (RM15 juta);

- Membangunkan Pusat Perkhidmatan Autisme (RM5 juta); dan

- Peningkatan kadar wang saku kanak-kanak di institusi JKM (RM3 juta)

6. Peruntukan Kebajikan Warga Emas, merangkumi (RM1 bilion)

  • Wang Saku Institusi Warga Emas;
  • Bantuan Sosioekonomi Warga Emas; dan
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Unit Penyayang Warga Emas (UPWE)

- Geran Operasi Institusi Warga Emas, Kanak-Kanak, OKU 
oleh NGO (RM20 juta) 


- Peruntukan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memelihara kesejahteraan hidup (RM1.3 bilion) 


- Program 2 Years Empowerment Program Jabatan Kebajikan Masyarakat (2YEP). Program ini adalah program pemerkasaan (empowerment) dan transformasi minda bukan sahaja kepada penerima bantuan JKM yang produktif tetapi juga Ahli Isi Rumah (AIR) penerima bantuan. (RM2 juta)

- Pusat Transit - Anjung Sinar iaitu pusat transit sementara bagi menyediakan sistem sokongan sosial kepada kanak- kanak lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memperkasa potensi kanak-kanak dengan menyediakan peluang pendidikan dan kemahiran bagi persediaan ke arah mendepani masa hadapan (RM4.5 juta)

7. Bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi pelbagai jenis bantuan khusus untuk keluarga miskin tegar, OKU dan warga emas dengan kadar bulanan seperti berikut (RM2.9 bilion):

- Bantuan Warga Emas dinaikkan kepada RM600 ketimbang RM500;

- Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan kepada RM200 daripada RM150 bagi seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun atau kepada RM250 daripada RM200 bagi seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga; dan 


- Bantuan Am dinaikkan kepada RM150 daripada kadar minimum RM100 dengan maksimum sebanyak RM500 sekeluarga

Bersama-sama, kita menyokong dan menjaga kesejahteraan anak-anak, wanita, dan seluruh keluarga di Malaysia! Terima kasih PMX!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang