Telekung two piece aurat tak sempurna? Isu pakaian wanita dalam solat, ini jawapan agamawan

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini kecoh diperkatakan pakaian solat wanita jenis telekung dan kain tidak mencukupi untuk menutup aurat dengan sempurna.

Pening juga memikirkan kalau telekung yang kita biasa gunakan sejak berzaman itu tak lagi dikatakan tidak sesuai. Risau juga kalau solat kita tidak sah kerana solat itu kan tiang agama.

"Untuk mengelakkan solat tak sah, pakai pakaian dalam yang sempurna menutup aurat atau elakkan pakai telekung yang berpisah tudung dengan Kain.

"Cari dan beli telekung yang sarung terus ke bawah (bercantum terus kain dan tudung)," kata hantaran viral pada tahun 2021 itu menimbulkan tanda tanya warganet.

No Image Caption

Untuk meleraikan kekusutan, jom ikuti penerangan daripada Ustaz Abu Samah Hanafiah Hussein, Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang mengulas aurat yang perlu dilindungi semasa solat.

"Berkenaan dengan pakaian perempuan dalam solat, kita perlu tahu asas. Setiap orang yang solat wajib menutup aurat, sama ada lelaki mahupun perempuan.

"Cuma perbezaan aurat lelaki dan perempuan berlainan. Aurat lelaki diantara pusat dan lutut dan ia wajib ditutup.

Artikel Berkaitan:

"Ia wajib ditutup kerana ada kaedah yang menyebut 'Perkara yang tidak sempurna benda yang wajib melainkan dengannya, maka ia dihukumkan wajib.

"Manakala aurat perempuan dalam solat pula adalah seluruh tubuhnya selain daripada muka dan dua belah tangan. Wanita perlu menutupnya," katanya.

No Image Caption

Ustaz Abu Samah juga mengulas bahawa kewajipan menutup aurat tidak bergantung kepada pakaian dan memadai jika ia terlindung dan tidak menampakkan warna kulit. Malah aurat untuk solat juga berbeza.

"Tutup aurat ini tidak wajib dengan pakaian. Tiada pakaian pun, misalnya ambil kain ini (selimut, langsir) pun beres. Tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tangan.

"Syarat menutup aurat wanita ialah ia perlu menutup warna kulit manakala bentuk tubuh tidak disyaratkan dalam solat.

"(Wanita perlu tahu) ada aurat dalam solat dan ada aurat pada pandangan mata orang lain.

"Berbicara mengenai aurat dalam solat, tidak disyaratkan untuk menutup bentuk tubuh, yang penting tutup warna kulit. Jika warna kulit tidak nampak dan semua yang wajib ditutup, ia sudah memadai," katanya.

No Image Caption

Wanita juga perlu faham, dalam menutup aurat terdapat dua pandangan diambil kira iaitu dari atas dan sisi. Jika kedua-dua ini telah ditutup sempurna tanpa menampakkan warna kulit maka solat adalah sah.

"Dalam bab penutupan aurat diwajibkan tutup bahagian atas dan sisi manakala bahagian bawah tidak wajib ditutup.

"Orang perempuan kalau solat dan sudah menutup semua dari atas ke bawah maka sudah ia menepati penutupan aurat yang dituntut.

"Tetapi jika dia menutup aurat bahagian atas dan tidak pada bahagian sekeliling, maka masih tidak menepati penutupan aurat dalam solat.

"Perempuan yang memakai telekung namun di dalamnya tidak berbaju, jika nampak dari bawah ia masih dikira jawalib dalam mazhab Syafie.

"Ia disebut dalam beberapa kitab, misalnya Kitab Bughyah Al-Murtasyidin. Ada disebut dalam beberapa kitab yang mana bahagian jawalib. Jika begitu adakah wajib wanita memakai baju biarpun ketika dia memakai telekung, jawapannya tidak wajib kerana tidak wajib untuk memakai baju tetapi wajib tutup.

"Jadi, kalau dia pakai tudung tapi dia kepit dan tidak nampak, maka tiada masalah. Tidak wajib untuk memakai baju dalam. Jika dia pakai baju sekalipun jika aurat nampak maka ia tidak memadai.

"Ia bukan tentang wajib memakai baju kain tetapi wajib menutup aurat," ulasnya.

Don't worry sis, tak perlu telekung one piece pun, asalkan aurat tertutup dan tidak nampak warna kulit, solat kita sah.

Diharapkan penerangan ini menjawab persoalan yang bersarang dalam fikiran masing-masing.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang