Elak ketiak hitam, kenali deodoran yang sesuai untuk kulit anda
TAHUKAH anda dengan pemilihan deodoran yang salah akan mengakibatkan permukaan kulit ketiak anda menjadi gelap?
Jadi pastikan anda menggunakan deodoran yang betul.
Jom kenali jenis deodoran terbaik untuk kulit anda.
Terdapat dua jenis deodoran di pasaran iaitu deodoran dan anti peluh (antiperspirant). Apakah perbezaan antara dua ini?
Deodoran adalah lebih kepada untuk menghilangkan bau. Deodoran berfungsi menghapuskan bakteria yang timbul pada kulit ketiak apabila tubuh kita menghasilkan peluh sekali gus menghilangkan bau.
Manakala anti peluh pula berfungsi mengurangkan peluh dengan menutup kelenjar peluh dan menghalangnya daripada sampai ke kulit.
Sekarang anda sudah tahu apa perbezaan antara deodoran dan antiperspirant ini. Jadi pilih berdasarkan kulit anda.
Sekiranya anda seorang yang tidak kuat berpeluh dan hanya menginginkan bau yang wangi maka deodoran adalah sesuai untuk anda. Jika tidak sesuai hanya akan memberikan kesan hitam.
Namun sekiranya anda kerap berpeluh, maka gunakanlah antiperspirant.
Walau bagaimanapun, kini terdapat juga deodoran yang mempunyai kedua gabungan fungsi deodoran dan antiperspirant ini. Sekiranya anda rasa anda memerlukan kedua fungsi ini, boleh mendapatkannya di pasaran.
Pastikan anda memilih deodoran yang tepat untuk kulit anda agar permukaan kulit ketiak anda tidak gelap.
Penulis: Suhaila Ali
Foto: Unsplash
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang