APABILA berpuasa, badan kita lebih mudah haus daripada lapar. Rasa haus ini mungkin berpunca daripada minuman yang dipilih sewaktu bersahur.

Terdapat minuman yang harus dielakkan jika tidak mahu menanggung rasa haus sepanjang berpuasa.

Tubuh manusia terdiri daripada 60-70 peratus kandungan air dan tidak boleh berfungsi dengan baik tanpanya.

Manusia kehilangan cecair badan sepanjang hari melalui sistem perkumuhan, seperti peluh, pernafasan dan air kencing.

Oleh itu, bekalan air yang mencukupi diperlukan sepanjang hari.

Sementara ketika berpuasa, memandangkan tubuh tidak akan mendapat bekalan cecair, korang perlu lebih berhati-hati memilih minuman ketika sahur.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil boleh juga amalkan tip ini bagi anak yang baru mula berlatih puasa agar kekal bertenaga sepanjang hari.

1. Kopi

Bagi peminat kopi, menikmati kopi ketika bersahur mungkin satu kemestian yang tidak dapat ditinggalkan.

Sedangkan kopi sebenarnya membuatkan badan berasa lebih cepat haus kerana kandungan kafein bersifat diuretik, menyebabkan kencing lebih kerap lantas mengurangkan kandungan cecair dalam badan.

Kafein juga mempercepatkan proses dehidrasi dalam badan. Lebih banyak kopi yang diminum, lebih haus akan korang rasa.

Jadi, lebih baik mengurangkan pengambilan kopi seboleh mungkin untuk mencegah ketidakstabilan disebabkan kehilangan cecair tubuh.

2. Teh

Teh yang hangat dalam kesegaran waktu sahur mungkin kedengaran sangat menyenangkan.

Tetapi, sepertimana kopi teh juga mengandungi kafein, bahkan tambahan kandungan gula yang diletakkan menyerap bekalan air dalam badan dan membuat korang berasa lebih dahaga ketika berpuasa.

bikarbonat3. Minuman berkarbonat

Sewaktu bersahur, elakkan pengambilan minuman berkarbonat. Selain mempunyai kandungan gula yang tinggi, yang boleh menyebabkan rasa haus.

Ia juga boleh menyebabkan masalah pencernaan dan menjadikan perut korang kembung sekali gus mengganggu sistem pencernaan.

Iklan

minuman tenaga4. Minuman tenaga

Kerisauan tentang keselamatan minuman tenaga menyebabkan Denmark, Norway dan Perancis mengharamkannya.

Minuman tenaga patut dielakkan kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang sensitif kepada kafein.

Jika korang mengambil minuman tenaga boleh lakukan ini untuk elakkan risiko dehidrasi;

Iklan
  • Ikut arahan label. Jangan minum lebih daripada saranan. Kebanyakan pengeluar menetapkan pengambilan maksimum satu atau dua tin (250 to 500 ml).
  • Beri perhatian kepada saiz hidangan. Terdapat minuman tenaga yang didatangkan dalam tin yang lebih besar seperti 473-ml. Tin yang lebih besar bermakna lebih kafein, gula dan kandungan herba.

Baca juga Ini cara betul pilih makanan yang bantu kita kurangkan rasa lapar ketika berpuasa

Kebaikan jus nanas panas yang ramai tak tahu, juga mampu membunuh sel kanser5. Jus buah

Jus buah adalah sihat juga menyegarkan. Tetapi pengambilan jus buah dalam tin atau kotak sewaktu sahur mungkin menambah rasa dahaga korang.

Ini kerana kebanyakan jus buah dibuat dengan tambahan gula atau pemanis lain.

Lebih baik mengambil buah sedia ada seperti pisang, strawberi, atau kurma yang boleh memberi rasa kenyang yang lebih lama.

Saranan ini bukanlah bermakna perlu berhenti serta-merta tetapi kawal dan hadkan pengambilan untuk mengelakkan kesan buruk kepada kesihatan korang sewaktu berpuasa.

Jelasnya, elakkan pengambilan kafein dan gula berlebihan. Minuman bergula dipercayai menggalakkan persekitaran asidik yang boleh mengganggu fungsi enzim dan mengurangkan kapasiti penyimpanan air dalam badan yang diperlukan untuk metabolisma sebarang gula berlebihan dalam sistem badan.

Walaupun pengambilan air sangat disyorkan untuk mengelakkan badan daripada dehidrasi, minum terlalu banyak air ketika makan sahur juga tidak digalakkan kerana menyebabkan kembung sehingga senak.

Justeru, elakkan daripada pengambilan air-air ini bagi mengelakkan diri korang mudah berasa haus.

Semoga Ramadan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat berpuasa!

Sumber: Hello Doktor