SEMALAM Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya telah menzahirkan rasa bimbang susulan 13 kluster wabak Covid-19 baharu dikesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Wabak ini dikatakan mampu merebak melalui batuk, selsema dan juga sentuhan. Pastinya hal tersebut merisaukan kita.

Oleh itu, salah satu usaha bagi mengurangkan risiko dijangkiti adalah dengan penggunaan pelitup muka.

Tinjauan SinarPlus sendiri mendapati kini ramai dalam kalangan kita yang gemar menyangkut mask di dagu dan tidak memakainya dengan betul.

Persoalannya, kenapa nak sangkut di dagu?

Penting buat kita untuk mengetahui cara pemakaian pelitup muka yang betul supaya perkara lain yang tidak disangka-sangka pula tidak terjadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga turut mengingatkan orang ramai di laman Facebook miliknya supaya kita memakai pelitup muka dengan betul.

“Sama ada pakai dengan betul topeng muka atau tanggalkan sahaja,” tulisnya di Facebook.

Itulah pesanan Dr Noor Hisham, jika orang ramai ingin makan dan minum atau melakukan apa-apa jua aktiviti yang memerlukan korang menanggalkan topeng muka maka tanggalkan sahaja, jangan pula letak di dagu.

Iklan

“Elak sangkut di dagu, pakai dengan betul atau tanggal sahaja,” - Dr Noor Hisham

Bimbang kerana kawasan dagu korang lebih terdedah kepada kuman. Jika korang buka topeng muka dan letakkan ia di dagu, bahagian dalam topeng muka akan tercemar.

Iklan

Kuman di dagu akan terkumpul di topeng dan akan memasuki menerusi hidung dan mulut.

Ingat bahaya guys! Jagi, hati-hati. Penyakit pelik-pelik sekarang ni.