TEH tarik sudah menjadi sebahagian daripada budaya kita.

Tidak kiralah sama ada perjumpaan keluarga, mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kedai mamak untuk bersembang,  setiap hubungan semakin dieratkan dengan  menikmati secawan teh tarik.

Pun demikian, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang masih berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi ‘mengeteh’ rakyat Malaysia.

Justeru, sempena kempen Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih yang diadakan mulai 15 September lalu hingga 15 Oktober ini, Lipton menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik dengan mengembalikan semula hubungan erat yang telah dibina dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com.

Ketua Pemasaran Teh di Asia Tenggara, ekaterra, Callista Fernandez berkata, bersesuaian dengan temanya, Lipton menyedari kepentingan untuk berhubung dan mengembalikan ikatan mesra, khususnya pada saat yang mencabar ini.

“Pada sambutan Hari Teh Tarik tahun ini, Lipton memperkenalkan sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia meluahkan isi hati mereka kepada keluarga dan rakan-rakan dengan cara yang unik iaitu hanya perlu menyatakan mesej yang ingin diluahkan dan Lipton akan ‘menganimasikan’ mesej tersebut, meninggalkan penerima rasa istimewa dan tersayang.

Pandemik semasa tentunya telah menjejaskan kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan bersama orang tersayang. Walaupun kita perlu mengambil langkah untuk berjauhan secara fizikal semasa era pandemik ini, tetapi kami di Lipton juga percaya ia adalah penting untuk meluangkan masa, sekurang-kurangnya 15 minit untuk berhubung dan eratkan ikatan bersama yang tersayang walaupun secara online talian. Oleh yang demikian, Lipton telah mewujudkan kempen ini bukan sahaja untuk menggalakkan perkongsian mesej khas bagi orang yang teristimewa dalam hidup anda, tetapi juga menebus hadiah untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama,” kata Callista.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

CARA SERTAI

 Pasangan yang berhubungan melalui laman www.liptontehtarikday.com akan dipilih untuk menerima dua set hadiah – satu bagi pengirim dan satu bagi penerima mesej -bagi menggalakkan kesinambungan hubungan kedua-dua individu!

Iklan

Set hadiah berkenaan direka dengan kerjasama Stickerrific yang telah menganyam uncang teh Lipton dan daun teh kepada ilustrasi batik pada kotak set hadiah Hari Teh Tarik.

Ia dilengkapkan dengan cawan edisi khas oleh Lipton bersama pelbagai pilihan teh Lipton, termasuk Teh Tarik Milk Tea Latte 3 dalam 1 kami, memberikan keenakan berkrim dalam setiap hirupan.

Daftar dan karya sebuah mesej peribadi dengan Lipton untuk dikongsi bersama insan tersayang!

Iklan
  • Langkah 1: Hantar butiran dan mesej peribadi anda di liptontehtarikday.com
  • Langkah 2: Tunggu sebentar. Benarkan pasukan kami untuk memberikan sentuhan magis pada mesej anda!
  • Langkah 3: Satu pautan unik akan dihantar ke orang tersayang menerusi SM
  • Langkah 4: Klik pada pautan yang diberikan dan mesej yang tercipta akan dipaparkan. Penerima mesej istimewa itu diberi pilihan untuk memuat turun mesej berkenaan atau berkongsinya di media sosial. Selamat berhubung!

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, ikuti laman media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram. Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton dan Teh Tarik 3-1 Lipton boleh didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara dan secara online di Shopee dan Lazada.

Jangan lupa follow kami di Instagram!