FOTO anak-anak yang merupakan murid sekolah rendah duduk di bangku ketika perhimpunan pagi menjadi tular di laman sosial. Ia juga mencetuskan pelbagai pendapat warga maya khususnya para ibu.

Foto yang dikongsikan menerusi sebuah grup di laman sosial Facebook meraih pujian.

Kelihatan bangku plastik disusun pada ruang pekarangan sekolah sebelum dan semasa acara perhimpunan berlangsung.

Baca juga: Pelik murid datang sekolah setiap hari tak ikut penggiliran, masuk hari ketiga baru tahu rupanya…

Baca juga: Mulianya hatimu guru, sanggup cipta alat bolehkan pelajar OKU penglihatan berlari

“Persediaan dan perasmian penggunaan kerusi duduk untuk anak-anak SK Seri Aman semasa perhimpunan rasmi sekolah.

“Terima kasih atas keprihatinan pihak pentadbiran. Ahad, 31 Julai 2022,” tulisnya.

Baca juga: Murid istimewa tempatnya di syurga, cara guru hidupkan kasih sayang, empati buat ramai sebak

Baca juga: Aglio olio sempoi buat bekal anak sekolah, mudah disediakan dan jimat masa

Warga siber yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru memberikan pelbagai reaksi susulan perkongsian berkenaan.

“Terbaik, jaga kebersihan pakaian murid.”

-“Sekolah saya menggunakan kerusi macam ni lebih kurang dalam hampir 10 tahun.”

-“Rasanya bagus inisiatif ini dibuat. Tidak adalah anak-anak setiap generasi berdiri atau duduk di atas lantai sepanjang zaman. Jadi setiap zaman itu berbeza dan ada perubahan positif. Bolehlah cerita kepada anak cucu pengalaman kita semasa perhimpunan sekolah, ada yang berdiri, ada yang bersila.”

-“Sekolah anak saya sudah buat. Selepas perhimpunan bawa simpan di kelas masing-masing.”

Baca juga: Ponteng sekolah demi bantu keluarga cari rezeki dengan menjual cendawan tiram rumah ke rumah

-“Tahniah pihak sekolah, satu penambahbaikan. Sekarang anak-anak pun pandai berfikir dan inovasi. Kalau tidak letak, nanti tak selaras dengan kemahiran berfikir yang diajar.”

“Ia bukan diklasifikasikan sebagai manja tetapi salah satu usaha pentadbiran sekolah mengikut peredaran zaman.”

Iklan

“Alhamdulillah. Inovasi demi keselesaan, kita patut puji tindakan mulia ni.”

“Duduk atas tanah lebih alami dekat dengan bumi. Bila sudah disedia kerusi elok juga, tidak kotor baju anak sebab duduk atas tanah atau lantai. Hargai apa yang diberi.”

“Di SJKC memang sudah lama menggunakan kerusi kecil ini untuk perhimpunan.”

Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara

Pun begitu, terdapat pelbagai pendapat tentang perlaksanaan penggunaan bangku berkenaan. Antaranya membabitkan aspek jumlah murid yang ramai dan kutipan dana.

Iklan

“Kalau murid 1,000 lebih macam tidak munasabah pagi hendak susun untuk assembly.”

“Aspek kebersihan, ok. Disiplin, murid yang kemas dan susun sendiri, pun ok. Tahniah pentadbir. Ada dana, teruskan. Jangan pula diminta cari dana. Pastinya setiap sekolah ada cara tersendiri untuk mendisiplinkan murid-murid.”

Baca juga: 10 fakta ringkas kejayaan Maryam Muzamir, murid Tahun 5 menangi 3 pingat emas reka cipta antarabangsa

Sumber: TcherCollection – TC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.