Frontliner Covid-19 adiwira wajar dijulang

Tugu Negara frontliners ilham pensyarah seni UMK menyentuh perasaan
Tugu Negara frontliners ilham pensyarah seni UMK menyentuh perasaan
A
A
A

PENGORBANAN barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19 di negara ini wajar diabadikan secara rasmi agar terus dikenang sebagai sumber inspirasi generasi akan datang.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na'aman yang mencadangkan perkara itu berkata, sejarah Covid-19 dan usaha para petugas barisan hadapan dalam melawannya perlu diabadikan antaranya diselitkan dalam buku teks sejarah di sekolah dan peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

"Dalam khutbah sembahyang Jumaat di masjid-masjid boleh diselitkan dengan penghargaan serta doa agar Tuhan terus memelihara para "pejuang" kita itu," katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, satu siri dokumentari khusus yang memaparkan tugas serta detik-detik kritikal para petugas barisan hadapan wajar diterbitkan bagi merakam segala memori satu "perjuangan" yang cukup getir negara pernah hadapi setelah Insurgensi Komunis pasca merdeka.

Siri dokumentari itu boleh ditayangkan setiap kali ulang tahun memperingati bencana Covid-19.

"Wajah dan nama mereka yang terlibat sebagai petugas barisan hadapan perlu diabadikan di hospital, balai polis dan kem tentera agar terus menjadi ikon semangat untuk rakyat kita terus berjuang menghadapi apa jua dugaan.

"Mereka sepatutnya dijulang sebagai adiwira sebenar Malaysia," tegasnya.

Tambahnya, pihak tertentu juga boleh membiayai pembinaan satu monumen atau tugu nasional bagi mengabadikan para perwira negara itu.

"Ia mungkin boleh dibina di setiap negeri bagi menunjukkan rasa terima kasih serta penghargaan rakyat terhadap mereka. Malaysia amat memerlukan satu simbol penyatuan kebangsaan, dan simbol itu adalah para petugas barisan hadapan menentang Covid-19," katanya.

Pastikan sejarah ini mampu dikenang oleh generasi-generasi akan datang.

Jika korang salah seorang daripafa mereka tahniah SinarPlus ucapkan dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang telah diberikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca