‘Frust’ mata blender tumpul, guna 5 bahan ini di rumah

‘Frust’ mata blender tumpul, guna 5 bahan ini di rumah
‘Frust’ mata blender tumpul, guna 5 bahan ini di rumah
A
A
A

Blender memang memudahkan kerja harian. Senang, campak-campak je terus kisar. Tapi’ frust’ kalau benda yang kita nak blend tak lumat-lumat walaupun dah pusing banyak kali. Tapi tak kan lah pula nak berhenti separuh jalan untuk pergi kedai cari mata blender baru, jadi ands boleh cuba beberapa cara untuk tajamkan blender menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

1. GARAM KASAR

Anda boleh gunakan garam kasar untuk tajamkan semula mata pisau blender yang dah tumpul.

Caranya senang sahaja, ambil segenggam atau secawan garam kasar dan masukkan ke dalam blender.

Lepas tu, tekan butang kisar dan biarkan ia mengisar kering garam kasar tadi. Ulang beberapa kali hinggalah mata blender terasa lebih tajam.

2. KULIT TELUR

Cara seterusnya kita boleh gunakan kulit telur. Bersih dan keringkan sekejap telur yang kita dah guna isinya. Caranya sama sahaja, masukkan dalam blender dan kisar kering. Kemudian bilas dan basuhkan. Kalau selalu buat, mata blender akan jadi tajam.

3. AIS KETUL

Lagi satu cara, boleh guna air batu atau ais ketul. Katanya lagi elok guna air batu yang kita buat sendiri sebab lagi keras. Hancurkan sikit sebelum masukkan ke dalam blender. Kemudian kisarkan macam kita nak buat ice blended tu. Kisarkan lebih kurang 10 minit dan mata blender akan menjadi lebih tajam.

4. HAMPAS KELAPA

Boleh juga gunakan hampas kelapa. Caranya kisarkan hampas tadi tanpa perlu tambah air. Kisar sehingga lebih kurang 10 minit, kemudian bilas. Mesti mata pengisar akan jadi tajam semula.

5. BERAS

Selain itu, anda juga boleh menggunakan beras. Tidak kisahlah beras jenis apa, ambil segenggam atau secawan dan kisar kasar selama beberapa minit. Lepas tu, tengoklah hasilnya. Tentu lebih tajam macam baru beli!

Lepas ni jimat sedikit kerana tak perlulah bila mata tumpul je asyik nak beli blender baru kan, jadi selamat mencuba!

Sumber: vanillakismis, siraplimau

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca