Gagal i-Sinar? Permohonan i-Lestari KWSP masih dibuka sehingga 31 Mac ini

Gagal i-Sinar? Permohonan i-Lestari KWSP masih dibuka sehingga 31 Mac ini
Gagal i-Sinar? Permohonan i-Lestari KWSP masih dibuka sehingga 31 Mac ini
A
A
A

SEPERTI apa yang diketahui umum, bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) yang membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan akaun 1, kategori 1 kini boleh membuat semakan status permohonan bermula 4 Januari lalu.

Jika permohonan berjaya, pembayaran pertama mengikut jadual yang dipersetujui ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari ini.

Pasti ramai yang dah tak sabar untuk menunggu ‘gaji’ pertama dari KWSP itu bukan? Namun, harus diingat, ‘langit tidak selalunya cerah’!

Ini bukan masanya untuk kita berbelanja besar dan membazir dengan perkara-perkara yang bukan keperluan dan dilihat lebih kepada kemahuan.

Tidak siapa mampu meramal apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Jadilah pengguna yang bijak!

Dalam pada itu, bagi mereka yang gagal memohon pengeluaran i-Sinar untuk kategori 1, korang juga boleh memcuba membuat permohonan i-Lestari yang mana ia masih dibuka permohonan sehingga 31 Mac ini.

Mana-mana individu seperti suri rumah ataupun mereka yang bekerja dan masih mempunyai lebihan baki di akaun 2 KWSP layak untuk membuat pemohonan.

Dengan erti kata lain jika korang ada membuat caruman ke KWSP, korang boleh mengeluarkan minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari Akaun 2 sehingga maksimum 12 bulan.

Amaun tersebut akan dikreditkan setiap bulan terus ke akaun simpanan bank yang masih aktif.

Pengeluaran i-Lestari ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ahli pencarum KWSP untuk memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah maksimum RM50 sebulan ini adalah jumlah yang munasabah bagi menambah sumber kewangan ahli untuk memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.

Boleh lah kita tambah-tambah duit belanja dapur dan untuk kegunaan keperluan yang lain.

Cara permohonan juga cukup mudah! Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://ilestari.kwsp.gov.my/

Mereka yang dah telah memohon i-Lestari dan ingin membuat perubahan amaun bulanan yang dikreditkan setiap bulan juga boleh berbuat demikian melalui  https://secure.kwsp.gov.my/member/ilestari/amendment

Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh dua hari selepas tarikh permohonan.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca