Gelagat nenek melayan cucu buat video TikTok memang comel habis!

Gelagat nenek melayan cucu buat video TikTok memang comel habis!
Gelagat nenek melayan cucu buat video TikTok memang comel habis!
A
A
A

KETIKA ini kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka tamat pada 14 April ini.

Ini bagi mengelakan penularan wabak Covid-19.

Oleh itu apa yang orang ramai perlu lakukan adalah duduk di rumah sahaja.

Oleh demikian, sejak akhir-akhir ini aplikasi TikTok antara yang menjadi ‘peneman’ pilihan untuk mengisi masa lapang di rumah.

Jika sebelum ini pengguna aplikasi tersebut sering menerima kecaman orang ramai, namun kini ia menjadi semakin menghiburkan dengan terhasilnya video-video yang penuh kreatif.

Antaranya baru-baru ini satu video yang memaparkan gelagat nenek dan cucu menjadi tular di sosial media.

Menerusi rakaman itu kelihatan pada awalnya seorang lelaki sedang merakamkan gelagat neneknya yang sedang melambai di cermin.

Di pertengahab video itu mereka kemudiannya bertukar posisi dan kelihatan lelaki itu pula yang melambai sambil memakai pakaian neneknya itu tadi.

Jangan tak sangka, nenek pun boleh layan TikTok tau musim-musim PKP ni. Gelagat nenek melayan cucu buat video TikTok ini memang comel habis!

Video tersebut telah meraih lebih 857 ribu tontonan dan 48,600 retweets serta 76,000 likes.

Rata-rata netizen yang menontonnya meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Ni tiktok paling cool!!”

“Halahh halahh comelnya nenek you”

“Omg the fact that nenek even make a serious expression cutenya nenek”

Terdahulu video anak-beranak membuat TikTok dengan aksi terbang telah menjadi perhatian ramai.

Nampaknya aplikasi tersebut juga dilihat mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi dalam tempoh PKP kini yang mana orang ramai ada banyak masa terluang.

Agak-agaknya lepas ini video apa pula yang tular yang ingin dikongsi oleh orang ramai? Apa-apa pun #juststayathome #janganputusasamalaysia

Selamat berTikTok!

Sumber: Twitter Amirul Hizami

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca