KEMATIAN akibat Covid-19 saban hari makin meningkat. Jika dahulu kematian tertumpu kepada kategori pesakit warga emas, kini pesakit yang muda juga banyak yang terkorban.

Hari ini, 31 Mei 2021 sebanyak 6,824 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 572,357 kes dilaporkan di negara setakat Isnin.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pada 31 Mei 2021 Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Kelantan 695 kes, Sarawak 654 kes, Johor 489 kes, Kedah 464 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 387 kes dan lain-lain lagi.

Dr Noor Hisham melalui Twitter juga turut mengkhabarkan bilik simpanan mayat di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung jumlah jenazah susulan peningkatan kematian akibat Covid-19.

“Pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah/mayat

“Kontena jenazah di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I & Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

 

 

“Setiap kontena boleh menampung maksimum 20 jenazah dan “fleximort” pula boleh memuatkan maksimum 12 jenazah,” tulisnya.

Iklan

Warganet rata-rata memberikan kata-kata sokongan dan berempati kepada situasi ini. Malah ada juga yang memberikan cadangan agar pemvaksinan dipercepatkan supaya imuniti kelompok dapat dicapai segera.

“Terpaksa kempen sendiri dalam Facebook sendiri supaya orang awam kuarantin kendiri. Minta pemimpin tertinggi dan rakyat jelata buat keputusan yang terbaik agar dapat putuskan rantaian Covid-19. Keep strong Dr, we support you.”-Muna Zahraak Md Ludin

“Apabila kes aktif Covid-19 melebihi kemampuan dan kapasiti kami untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis). Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksima.”-Tarmizi Doubletwin

Iklan

“Salam sejahtera Tan Sri. Cadangan saya guna pakai kemudahan dan lokasi sekolah untuk program vaksinasi. Kerah dan gerakkan tenaga guru, NGO dan sukarelawan. Kerah dan gerakkan mekanisma SPR semasa PRU dalam program vaksinasi. Kalau PRU boleh selesai dalam satu hari dengan keberkesanan yang begitu cemerlang, pastinya program vaksinasi kebangsaan boleh selesai dalam dua tiga bulan sahaja. Sekian, terima kasih.”-James Chan

Sumber: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah