DUNIA permotoran atau modifikasi, bagi sebahagian individu terutama golongan lelaki, adalah saluran untuk mereka meluahkan kreativiti dengan melakukan pengubahsuaian kepada sesebuah jentera.

Alasan mereka cuma satu! Dek kerana minat dan mencari kepuasan semata-mata, mereka sanggup walaupun dilihat terpaksa mengeluarkan belanja lebih untuk perkara tersebut.

Namun, ia bukanlah satu masalah atau penghalang jika seseorang itu benar-benar minat dan jiwa mereka ke arah itu.

Macam-macam perkara yang dibayangkan dan banyak juga yang sudah pernah kita lihat di atas jalan raya negara ini, terutamanya terhadap kenderaan persendirian semata-mata untuk tampil berbeza daripada khalayak kebanyakan.

Namun, kini pihak berkuasa sedang giat menjalankan operasi besar-besaran yang bermula 1 Mac lalu bagi menjejak individu ingkar peraturan jalan raya yang membabitkan pengubahsuaian kenderaan yang tidak mendapat kelulusan.

Memetik laporan akhbar tempatan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 26,239 kenderaan membabitkan 12,709 motosikal, 8,678 kereta dan 4,852 lain-lain kenderaan diperiksa dalam operasi itu sepanjang tempoh berkenaan di seluruh negara.

Untuk pengetahun korang, modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan (pemasangan aksesori) yang tidak mengubah identiti serta tidak menggangu ciri-ciri keselamatan kenderaan yang mana Seksyen (12) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Akta tersebut telah menetapkan keperluan undang-undang mengenai sebarang pengubahsuaian kepada kenderaan sebelum dan selepas pendaftarannya iaitu Pemeriksaan Kenderaan Motor Dan Pemberian Maklumat Kepada Ketua Pengarah.

Ekoran itu, baru-baru ini salah seorang pengguna di Twitter telah memuat naik satu ciapan beserta sekeping photo tiga helai surat saman yang menunjukkan beberapa kesalahan seperti kesalahan ubah suai ekzos, pamer imej tidak berkaitan di cermin kereta dan juga tukar warna kenderaan.

Ya! Menukar warna kenderaan tanpa kelulusan juga merupakan satu kesalahan dan kita boleh disaman jika gagal patuh pada ingkar notis arah periksa atau PG1 yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa!

Merujuk Seksyen (12) APJ 1987, setiap pemilik kenderaan yang menukar warna, perlu diberi suatu Notis Arah Periksa atau PG1. Notis tersebut diberikan supaya pemilik memaklumkan kepada JPJ setiap perubahan warna kenderaan berkenaan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, jika kita ingin melakukan perubahan warna pada sesuatu kenderaan sebenarnya perlukan kelulusan.

Iklan

Berikut SinarPlus kongsikan apa korang perlu lakukan jika ingin mengubah warna kenderaan supaya tidak melanggar undang-undang sedia ada. Antaranya adalah seperti:

  • Perkara utama korang cuma perlu warnakan atau cat kenderaan terlebih dahulu mengikut warna pilihan korang.
  • Apabila siap dicat, korang perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berhampiran untuk mendapatkan kelulusan. Jika kenderaan tersebut melebihi daripada satu warna, warna yang paling banyak atau dominen dianggap warna kenderaan.
  • Pemilik perlu mengisi siri borang JPJ K8 (pindaan butir-butir kenderaan), selepas itu serahkan kepada pegawai atau staff yang bertugas.
  • Pegawai JPJ akan menyemak warna pada kenderaan untuk tujuan kelulusan.
  • Pegawai bertugas akan mengemaskini melalui sitem MySikap.
  • Kos untuk kelulusan pertukaran warna itu juga adalah percuma.

Mudah bukan? Jadi, jangan ambil remeh perkara tersebut. Ianya tidak sesukar mana dan segeralah mendapatkan kelulusan pihak berwajib sekiranya korang tak mahu disaman!

Semoga bermanfaat!

Iklan

Sementara itu, menjawab isu foto tular di Twitter mengenai foto individu yang disaman gara-gara menukar warna kenderaan, mantan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automotif, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk IR. HJ. Mohamad Dalib pernah membuat keterangan yang mana JPJ tidak akan mengeluarkan saman kenderaan atas sebab pemilik menukar warna sesebuah kenderaan.

JPJ hanya akan mengeluarkan saman apabila pemilik ingkar Notis Arah Periksa. Sebagai contoh, jika pemilik kenderaan melalui sekatan jalan raya dan pegawai JPJ yang memeriksa kenderaan tersebut dapati warna kenderaan yang ditahan tidak sama dengan yang terdapat dalam sistem, surat arahan pemeriksaan akan dikeluarkan.

Jadi, untuk pemeriksaan lanjut,  JPJ akan keluarkan Notis Arah Periksa yang mana pemilik perlu hadir ke pejabat JPJ untuk membuat pengistiharan kenderaan tersebut.

Sekiranya gagal, saman akan dikeluarkan jika pemilik tersebut tidak hadir ke pejabat JPJ untuk pemeriksaan dan saman tersebut dikeluarkan atas kesalahan ingkar Notis Arah Periksa bukan disebabkan ubah warna kenderaan.

Mungkin ada dikalangan anda masih tidak tahu prosedur menukar warna kenderaan. Di sini admin kongsikan bagaimana cara…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Friday, 19 March 2021