KORANG yang berkunjung ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur nanti jangan lepaskan peluang merasai pengalaman melintas secara bersilang ala Shibuya Crossing di Tokyo, Jepun.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), satu lintasan pejalan kaki baharu diperkenalkan di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang bermula tengah malam 19 Jun baru-baru ini.

“Pejalan kaki dibenarkan untuk melintas dari semua arah.

“Cara ini dibenarkan beroperasi selepas kajian menyeluruh dilakukan oleh DBKL dan ia memudahkan semua pejalan kaki yang berada di lokasi itu.

“Pada masa sama, mengurangkan risiko kemalangan,” ujar DBKL dalam satu kenyataan.

Baca juga Royale Chulan Bukit Bintang Kini Tinggal Kenangan

Selain itu, DBKL berharap pelaksanaan baharu itu membantu memastikan kemudahan dan keselamatan pejalan kaki di kawasan terbabit.

Iklan

Ini termasuklah, membolehkan pejalan kaki melintas jalan ke semua arah secara serentak dan mengoptimumkan waktu melintas.

Lintasan berkenaan melibatkan persimpangan paling sibuk di Bukit Bintang antara Lot 10, Sungei Wang, dan Wolo Hotel, Kuala Lumpur.

Iklan

Secara ringkasnya, lintasan pejalan kaki X atau X-crossing (lintas bersilang) merupakan sistem yang mana kenderaan akan berhenti dan pejalan kaki sahaja dibenarkan melintas dari semua arah secara serentak.

Gempak bukan? Oleh itu, selepas total lockdown ditamatkan jom kita menikmati pengalaman melintas jalan raya ala Shibuya Crossing di Bukit Bintang.