Geng RTM pakai baju sekolah sampaikan berita

A
A
A

LUAR daripada kebiasaan! Seperti diketahui umum, selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh menangani penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan berperingkat dimulakan semula hari ini.

Rata-rata reaksi pelajar sesi persekolahan hari ini teruja dan bersemangat untuk kembali menyarung uniform sekolah mereka dan menjalani sesi pembelajaran seperti biasa.

Namun, di sebalik keghairahan mereka, luar daripada kebiasan pula berlaku oleh barisan media di balai berita dan pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mana mereka juga dilihat menyarung uniform sekolah ketika menyampaikan berita sepanjang hari ini.

Seperti apa yang dikongsikan di laman sosial Facebook, Awang Suffian Awang Hussin memuat naik beberapa foto gambar pembaca berita yang memakai lengkap uniform sekolah seperti perkongsian beliau beberapa jam yang lalu.

Geng bilik berita RTM pakai baju sekolah sampaikan berita

“Hanya di RTM. Rare gila bila tengok pembaca RTM pakai baju sekolah. Jarang berlaku. Saksikan hari ni. Khabarnya ada lagi kejutan oleh pembaca berita RTM.

“Good job. Korang tukar channel lain pun korang takkan dapat tengok kesemua pembaca berita berbaju sekolah hari ni… Hanya di RTM,” tulisnya.

Agaknya apa lagi kejutan yang akan dibuat sepanjang hari ini. Sama-sama kita nantikan.

Korang pergi kerja hari ni ada ke yang sarung baju sekolah juga?

Sumber : Facebook Awang Suffian Awang Hussin

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca