GIGI jongang adalah masalah biasa dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gigi jongang menimbulkan masalah seperti sukar penutupan mulut, pengunyahan dan bercakap malah gigi juga lebih mudah terdedah kepada kecederaan, terutamanya semasa bersukan.

Lebih teruk lagi bagi kanak-kanak yang mempunyai gigi jongang boleh mengalami isu kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan kawan-kawan sehingga ada yang diejek.

Jadi, apakah sebab-sebabnya seseorang itu berpotensi untuk mendapat struktur gigi yang jongang?

Gigi jongang boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik (tulang), tisu lembut, tabiat atau kesesakan gigi (gigi bertindih).

  1. Struktur rangka muka

Ini disebabkan oleh pengaruh genetik. Gigi jongang biasanya dikaitkan dengan rahang atas panjang atau rahang bawah pendek.

Kadang-kala rahang atas boleh tumbuh lebih panjang berbanding dengan nisbah purata keseluruhan struktur muka.

Juga, rahang bawah mungkin lebih pendek berbanding dengan rahang atas, sebab terbantut pertumbuhannya.

  1. Faktor tisu lembut

Kehadiran bibir tidak tertutup (bibir atas dan bawah tidak menyentuh) dengan kegagalan bibir bawah untuk mengawal kedudukan gigi kacip atas, boleh menjadi punca utama gigi jongang.

Jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas, bibir yang terperangkap akan menolak gigi atas ke depan.

Kadang-kala, otot bibir bawah yang kuat boleh menyebabkan gigi kacip bawah condong ke belakang dan menyebabkan gigi jongang lebih teruk.

Otot lidah yang kuat juga boleh menyebabkan gigi condong ke hadapan dan menyebabkan gigi jongang.

  1. Tabiat menghisap jari

Ya. Awas! Tabiat menghisap jari terutama ketika bayi boleh menjadi faktor penting yang menyebabkan gigi jongang.

Kesan dari hisap jari dan pacifier boleh ubah pembentukan atau development pada tulang rahang atas dan kedudukan gigi.

Bila anak hisap jari atau pacifier, kedua-dua pipi akan ke dalam dan akan ada tekanan pada mulut dan lelangit terutama lelangit depan.

Iklan

Bila habit suckling berterusan dan lama, bentuk pada tulang rahang dan lelangit depan akan berubah mengikut bentuk jari dan pacifier.

  1. Kesesakan gigi

Faktor tempat kesesakan atau gigi bertindih di rahang atas boleh menyebabkan pergerakan gigi kacip atas ke hadapan dan gigi menjadi lebih jongang.

Apabila gigi tidak mempunyai ruang yang cukup untuk tumbuh, gigi juga akan menjadi jongang.

Apakah faedah-faedah merawat gigi jongang?

Faedah rawatan termasuk:

Iklan
  • Penambahbaikan dalam susunan gigi dan struktur muka
  • Pengurangan risiko kecederaan gigi
  • Mengelakkan gigitan trauma (yang mana gigi bawah menyentuh dan mencederakan gusi atas)

Apakah rawatan untuk gigi jongang?

  • Rawatan untuk gigi yang jongang bergantung kepada motivasi pesakit, umur pesakit, keterukan ketidakseimbangan struktur rahang dan profil muka.
  • Ia juga boleh dirawat dengan memakai pendakap gigi tetap dengan penarikan ke belakang gigi kacip atas. Rawatan pendakap gigi aplians tetap biasanya mengambil masa 18-30 bulan untuk selesai rawatan bergantung kepada kerumitan kes.

Jadi, sebenarnya korang boleh cegah awal bagi mengelakkan gigi menjadi jongang. Walaupun teknologi kini semakin canggih tapi mencegah itu jauh lebih baik dari merawat.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my/