Guna 4,219 skru hasilkan potret Dr Noor Hisham

Guna 4,219 skru hasilkan potret Dr Noor Hisham
Guna 4,219 skru hasilkan potret Dr Noor Hisham
A
A
A

PELUKIS seni yang dikenali sebagai Choong Chee Leong kini menjadi tumpuan netizen di media sosial selepas menghasilkan karya potret unik wajah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebagai tanda penghargaan Noor Hisham dalam berjuang melawan wabak Covid-19, Choong atau terkenal dengan nama Ahguu berjaya menghasilkan karya seni tersebut dan telah berkongsi di laman Instagram miliknya.

Lelaki berusia 33 tahun itu telah melakukan pelbagai eksperimen dengan benang dan paku sejak beberapa tahun dan mahu mencabar dirinya dengan menggunakan skru pula sebagai bahan seni.

Menurut Choong, pada mulanya, dia melakar potret wajah Noor Hisham pada sehelai kertas untuk dijadikan rujukan sebelum memulakan kerja-kerja menggerudi skru.

Choong mendakwa mengambil masa dua minggu bagi menyiapkan potret itu dengan menggunakan 4,219 skru secara keseluruhannya.

Pencinta seni kelahiran Perak itu mengakui karya seni yang menggunakan bahan seperti itu ibarat ‘try and error’ kerana tidak tahu sekiranya potret tersebut menyerupai wajah seseorang sehingga selesai dilakukan.

“Setiap skru perlu digerudi dengan tepat. Ada beberapa sentuhan untuk menjadikan ciri-ciri Noor Hisham muncul pada akhirnya. Kalau tidak, ia akan kelihatan seperti orang lain,” katanya.

Menghasilkannya perlukan kesabaran yang tinggi. Dan hasilnya sangat wow! Anda pasti terkejut melihat apa yang telah dilakukan oleh Choong. Hanya mengunakan skru, maka terhasil sebuah portret.

Wow! Hebat bukan?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca