Guna bahan lain selain sanitiser di premis perniagaan bukan sahaja menipu, tapi bahaya! Awas!

Guna bahan lain selain sanitiser di premis perniagaan bukan sahaja menipu tapi bahaya! Awas!
Guna bahan lain selain sanitiser di premis perniagaan bukan sahaja menipu tapi bahaya! Awas!
A
A
A

KECOH baru-baru ini isu pihak tidak bertanggungjawab terutama pada pemilik premis-premis perniagaan telah menggunakan cecair pencuci lantai sebagai ganti kepada cecair pembasmi kuman.

Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang peniaga di Jempol, Negeri Sembilan telah dilaporkan menggunakan pencuci lantai sebagai cecair pembasmi kuman atau sanitiser kepada pelanggannya untuk berjimat.

Peniaga itu mendakwa dia menggunakan pencuci lantai kerana boleh menghapuskan kuman pada tangan selain harganya yang murah.

Bagaimanapun, tindakan peniaga itu dihidu polis yang menjalankan operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) bersama agensi lain sekitar daerah ini.

Awas! Terbaharu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang menggunakan cecair pencuci lantai atau bahan-bahan lain sebagai ganti kepada cecair pembasmi kuman (sanitiser).

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata, perbuatan dilakukan premis terbabit bukan saja suatu penipuan tetapi juga akan membahayakan kesihatan pengguna.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan perkara ini kerana macam-macam kesan buruk akan berlaku sekiranya menggunakan cecair pencuci lantai.

"Jadi saya meminta polis mencari dan menangkap mereka yang berbuat sedemikian," katanya.

Bagi mereka yang didapati cuba untuk menipu atau melanggar garis panduan yang ditetapkan, peniaga berkenaan bakal dikenakan kompaun RM1,000.

Pengguna disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan.

Jika korang ternampak mana-mana premis yang menggunakan sanitiser yang kualiti agak cair atau mencurigakan, segera buat laporan kepada pihak berwajib kerana ia bukan satu perkara yang boleh dibuat main! Ia sangat bahaya dan perlu dipandang serius!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca