Guna telegram pantau kegiatan curi dan penjualan barang lusuh bernilai tinggi

8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!
8 Kelebihan Telegram yang ramai pengguna tak tahu, lebih mudah dan cepat!
A
A
A

MAKIN lama makin berharga! Aktiviti memburu barangan antik dan vintage kini bukan sahaja dijadikan sebagai hobi malahan punca pendapatan sampingan bagi golongan tertentu.

Seperti di UK, barang antik terlalu banyak untuk didapati dan kedai antik sangat mudah dijumpai.

Setiap hujung minggu juga terdapat ‘carboot sale‘ yang pasti terdapat penjual barangan lama. Kerap kali juga diadakan ‘antique fair‘ yang menjadi tumpuan seluruh pemburu antik di England.

Di negara kita pula lebih popular dengan aktiviti ‘pasar karat’ yang mana peminat dan penjual barangan antik menjadikannya lubuk untuk mendapatkan barang-barang lusuh yang masih bernilai tinggi.

Barangan antik juga dikatakan mampu mencapai nilai yang tinggi walaupun ia sudah kelihatan agak lusuh dan peniaga-peniaga barang lusuh hari ini juga dilihat semakin agresif melakukan jualan termasuk penjualan online.

Disebabkan oleh permintaan yang semakin hari dilihat makin tinggi, Polis Kontinjen Melaka dilaporkan akan mewujudkan satu platform yang menghimpunkan peniaga-peniaga barang lusuh menerusi chat berkumpulan melalui aplikasi Telegram.

Chat berkumpulan yang diwujudkan itu adalah salah satu usaha bagi mencegah penjualan barangan curi di negeri itu pada tahun depan.

Memetik laporan media tempatan, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Supt Makhzan Mat Nor berkata, ia merupakan inisiatif jabatan berkenaan agar peniaga barangan lusuh mematuhi peraturan di bawah Akta Peniaga Sekenhend 1946 (Akta 189).

“Pada tahun ini, seramai 369 peniaga telah diberikan lesen mengusahakan perniagaan barangan terpakai di mana polis sentiasa melakukan pemantauan secara berkala terhadap peniaga-peniaga ini.

“Menerusi platform Telegram yang akan diwujudkan ini, polis akan memberi maklumat mengenai kegiatan curi terutama membabitkan kenderaan kepada peniaga barangan terpakai ini agar mereka tidak membeli malah melaporkannya kepada polis bagi mengekang jenayah curi daripada terus berleluasa," katanya.

Sementara itu, jika pemegang lesen perniagaan barangan lusuh ini dikesan melakukan kesalahan sama terutamanya di bawah Seksyen 13 Akta Peniaga Sekenhend 1946 kerana membeli barangan curi, polis juga tidak teragak-agak untuk mengesyorkan kepada Ketua Menteri Melaka untuk membatalkan lesen mereka.

Hanya Ketua Menteri Melaka yang mempunyai hak untuk membatalkan lesen perniagaan mana-mana pihak di bawah akta berkenaan manakala polis hanya mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan lesen sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca