Gunung berapi lumpur meletus di Lahad Datu, 7 fakta berkaitan

A
A
A

GUNUNG berapi 'meletus' muntahkan lumpur di di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah, semalam menggemparkan negara.

Ia berikutan sebuah video kejadian tular di media sosial, dipercayai selepas dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit.

Panas di laman sosial Facebook dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban terhadap fenomena berkenaan.

Perkara itu juga menyebabkan orang ramai menjangkakan kemungkinan akan berlaku gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Sementara itu, berikut tujuh fakta mengenai kejadian berkenaan;

1. Memetik Harian Metro, menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul, fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

2. Ujarnya, keadaan itu berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti itu (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi.

3. Kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah, malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain antaranya di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Baca juga MetMalaysia ramal banjir besar penghujung November, 11 fakta penting wanita wajib tahu

Gunung berapi lumpur meletus di Lahad Datu, 7 fakta berkaitan

4. Kewujudan gunung berapi lumpur atau garuok dalam kalangan masyarakat Sabah, menyebabkan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

5. Selain itu, antara kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur ialah di Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur.

6. Sejak berpuluh-puluh tahun, gunung berapi lumpur itu aktif mengeluarkan lumpur panas yang dipercayai bercampur bahan kimia lain termasuk sulfur dan melimpah ke kawasan sekeliling.

7. Jika dikorek, garuok akan membentuk takungan berlumpur dan boleh dijadikan lokasi mandi lumpur kepada mereka yang mempercayai kebaikannya iaitu untuk mencantikkan dan mengubati penyakit kulit.

Baca juga Wanita ini kongsi tip cuci kesan conteng anak di dinding guna tiga bahan. Hasilnya, bersih berkilat!

Semoga tiada apa yang membimbangkan akan berlaku di negara kita, sama-sama kita doakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca