Guru dan pengamal media penerima vaksin fasa pertama Program Imunisasi Covid-19
BERSEDIA semua guru dan pengamal media!
Ini kerana terdapat banyak permintaan yang mahu dua golongan itu dimasukkan dalam fasa pertama yang akan bermula pada 24 Februari ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa guru berisiko tinggi mengalami kesan negatif daripada jangkitan Covid-19.
"Mereka adalah antara penerima vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bersama-sama lebih 200,000 barisan hadapan yang sudah berdaftar untuk menerima vaksin."Permintaan terbabit dilihat wajar memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi manakala pengamal media menjadi penyampai maklumat bagi pihak kerajaan terutama menjayakan program imunisasi.
"Kami sudah meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyenaraikan golongan guru yang berisiko tinggi untuk diberi vaksin terlebih dahulu dan perkara ini akan dibawa bagi membolehkan keputusan dibuat dalam mesyuarat dengan Jawatankuasa Jaminan Akses Vaksin.
"Kerajaan akan memenuhi keperluan guru dan pengamal media berdasarkan bekalan vaksin bagi fasa pertama ini," katanya.
Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berkata demikian dalam sidang akhbar sempena acara ketibaan bekalan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang diadakan secara maya semalam.
Sementara itu, menurut Dr Radzi Jidin, permohonan KPM supaya kumpulan ini diberi keutamaan dalam fasa pertama disambut baik oleh MOSTI dan KKM. KPM bersama-sama MOSTI dan KKM akan terus memperincikan perkara ini.
Artikel berkaitan: Sejam yang paling mendebarkan! Kapten Hamdan kongsi pengalaman bawa vaksin Covid-19
Terdahulu, kumpulan pertama membabitkan 312,390 dos vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech yang dibawa menggunakan pesawat khas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
Penghantaran kumpulan kedua vaksin berkenaan pula akan diterima pada 26 Februari ini.
Vaksin berkenaan juga akan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin di seluruh negara melalui kenderaan darat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang