Hadiah istimewa Hari Guru 2023, Menteri Pendidikan umum 10 inisiatif termasuk Cuti-Cuti Cikgu, berikut info menarik mengenainya

HARI ini adalah hari yang bermakna buat para guru di Malaysia apabila Hari Guru disambut bagi meraikan jasa dan pengorbanan mereka.

Sempena hari yang bermakna ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan 10 inisiatif bagi memperkasa kebajikan dan menghilangkan beban guru-guru.

Beliau berharap 10 inisiatif yang disusun akanmengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Baca juga: Pernah kehilangan anak 12 tahun lalu, Menteri Pendidikan menitiskan air mata, tersentuh santuni murid pejuang kanser

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Sambutan Hari Guru 2023 Peringkat Kebangsaan sambil disaksikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Antaranya ialah seperti berikut:

1-Fokus menjaga kebajikan dan mengurangkan beban tugas guru, KPM menetapkan Sambutan Hari Guru tahunan mulai tahun ini disambut di peringkat kebangsaan dan sekolah sahaja, sekali gus memansuhkan sebarang kutipan sumbangan daripada guru bagi tujuan majlis tersebut.

2-Program Cuti-Cuti Cikgu diperkenal bagi menyediakan peluang kepada para guru merehatkan minda. Ia akan ditawarkan melalui potongan harga tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan darat serta taman tema dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pengangkutan Malaysia dan rakan strategik.

Kredit foto: Bernama

3-KPM akan memperluas penglibatan guru termasuklah pelatih Institusi Pendidikan Guru sebagai Guru InsaniMalaysia.

4-Kerjasama antara KPM dan SPP juga memberi kelonggaran kepada guru untuk pemakaian baju korporat rasmi KPM sewaktu bertugas.

5-Sekolah Komprehensif K9 diperluaskan dengan pertambahan 10 sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli.

6-Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) diperluaskan ke negeri Sabah.

7-Lawatan sekolah semasa dua hari persekolahan diberikan dua kali dalam setahun  bagi setiap murid.

Iklan

8-Penyertaan guru dalam SGM 2.0 melalui SGMy diiktiraf dan dianugerahkan mata kredit Sistem Pengurusan Latihan KPM (SPLKPM).

9-Bagi mengatasi isu kekosongan guru dalam mata pelajaran kritikal, pengambilan akan diperluas kepada graduan berpotensi tinggi dari universti swasta dan universiti luar negara.

10-Selain itu, KPM akan turut mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn dalam meningkatkan profesionalisme dan menjaga kebajikan guru.

Baca juga: Guru prasekolah ‘biasa-biasa’ tapi aura luar biasa, Cikgu Papazola trending

Iklan

Baca juga: Ramai tidak tahu Adibah Noor bekas guru Bahasa Inggeris, kongsi 6 tip cepat mahir

Kredit foto utama: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi