MALAYSIA terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan budaya dan keindahan alam adalah kelebihan Malaysia menjadi menjadi destinasi pelancongan.

Sebut sahaja nama-nama pulau, pantai dan lokasi bersejarah di Malaysia, rata-rata ia dikenali di peringkat antarabangsa sekali gus menarik pelancong dari dalam dan luar negara.

Malaysia Truly Asia, negara ini cukup istimewa. industri pelancongan negara kini menjadi penyumbang keenam terbesar kepada ekonomi negara.

Baca juga: Sinar Harian dinobat Portal Online Bahasa Melayu Terbaik Pelancongan Tourism Selangor

Baca juga: ‘Tourism Cafe’ tawar pakej unik Langkawi, produk anak tempatan kini di bawah satu bumbung

Kredit foto: Pexels

Kini Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dikemudi oleh Menteri, Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Menteri, Khairul Firdaus Akhbar Khan menyasarkan hala tuju.

1-“Ingin dijelaskan bahawa saya akan sentiasa mementingkan segala perkara di bawah bidang kuasa MOTAC, bukan sahaja tertumpu kepada pelancongan, tetapi juga berkaitan kesenian dan kebudayaan yang menjadi khazanah penting negara. Keunikan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan penuh kepelbagaian ini akan terus dipelihara,” katanya menerusi kenyataan.

2-Dalam pada itu, King Sing turut menghargai perkongsian idea daripada pelbagai pihak dalam memesatkan industri ini.

Baca juga: Sasar 2 juta pelancong asing sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia 2022, Tourism Malaysia dan Expedia Group tumpu 3 pasaran global

3-“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain industri dan pihak-pihak berkaitan kerana sudi memberi pandangan serta buah fikiran bagi menambah baik lagi industri pelancongan, seni dan budaya di negara ini.

4-“Saya akan terus mengamalkan dasar pintu terbuka dan bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi memastikan industri pelancongan, seni dan budaya di Malaysia dapat berkembang seterusnya memberi limpahan manfaat kepada masyarakat serta negara.

5-“Ini termasuklah pakar-pakar profesional, berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif dan berbakat besar dalam sektor kebudayaan seperti penari tarian tradisional, pensyarah dan sebagainya.

Kredit foto: Pexels

6-“Sumbangan dan peranan kumpulan seperti ini amat diperlukan bagi membawa industri pelancongan, seni dan budaya kita ke tahap yang lebih tinggi, lebih bersinar dan lebih gah di peringkat global,” ujarnya.

Iklan

7-Tidak hanya itu, peranan para budayawan dan seniman dalam menyumbang kepada pembinaan negara tidak akan dipinggirkan. Ia akan mendapat tempat sewajarnya serta diiktiraf. MOTAC juga akan memperkenalkan semula Anugerah Seni Negara yang telah dihentikan sejak sekian lama.

Baca juga: Taman Alam Kuala Selangor bakal jadi destinasi pelancongan bertaraf dunia, 300 unit calet dengan kos pelaburan RM100 juta

Kredit foto: Pexels

8-Beliau bersama Pengurusan Tertinggi dan warga MOTAC akan sentiasa memastikan pelancongan, seni dan budaya negara dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa, seterusnya dapat menarik minat pelancong asing ke Malaysia.

9-Tiong King Sing dan Khairul Firdaus Akhbar Khan dilantik menerajui MOTAC menerusi pelantikan kabinet Kerajaan Perpaduan.

Iklan

10-Terdahulu MOTAC dikemudi oleh Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu.

Baca juga: 10 lokasi eco-tourism yang menarik

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi