Pada 14 Mac lalu, salah seorang pelayar Facebook iaitu Hamdan Hashmuddin telah mendedahkan bahawa beliau merupakan salah seorang daripada pesakit Covid 19.

Melalui FB miliknya, Hamdan memberitahu hari ini (16 Mac) merupakan hari kelapan beliau menerima rawatan. Kini beliau ditempatkan di hospital rembau.

Tulisnya;

“Keputusan swab tempoh hari telah dilaporkan negatif oleh Doktor yang menjaga saya di Hospital Seremban.

“Baru sebentar tadi satu lagi sampel diambil untuk dihantar ke makmal. Jika keputusan negatif diperoleh, barulah saya dibenarkan untuk pulang berdasarkan maklumat yang diberitahu sebelum ini,” katanya.

Sebelum itu, perkongsian Hamdan telah menerima ribuan komen yang memberikan semangat dan mendoakan kesihatan beliau dan keluarganya. 

Katanya pada posting pertamanya itu;

“Lupa mentioned pulak duk dalam hospital lama² sebab apa tadi..

“Ya saya salah seorang yang terkena jangkitan Covid19.

“Ditempatkan di satu wad khas yang biliknya juga asing daripada yang lainnya. Wad sama untuk pesakit TB.

”Bagaimana saya boleh terkena jangkitan ini?

“Saya terkena jangkitan daripada ayah saya yang mendapat jangkitan daripada satu mesyuarat bersama GLC.

Iklan

”Kedua ibu dan ayah saya juga telah dijangkiti covid 19. Namun mereka tidak mempunyai simptom sakit covid 19. Berbeza pula untuk saya, saya mengalami semua simptom yang berkaitan.

“Please jangan panik bukan semua demam selesema or batuk tu covid19. Ini pengalaman saya sendiri.

”Bila tarik nafas rasa tak boleh tarik dalam dan akan mula terbatuk. Ya means that paru-paru dah kena jangkitan. Batuk juga kering tidak berkahak.

Iklan

“Saya demam teruk semasa menunggu keputusan swab tekak dan hidung.  Apabila mendapat keputusan yang saya positif saya terus dibawa dengan ambulans ke hospital dan dirawat sehingga ke hari ini.

“Sehingga hari ini parents saya masih positif namun tiada apa-apa sakit. So one might get infected or positive covid19 but tak sakit apa-apa pun. While ada yang kena lalui seperti saya..shortness of breath and batuk yang sangat perit.

“To all of my friends do take care of your family member. Keep yourself sanitize and stay indoors preferably at this moment,” tulisnya.

Selain itu, nasihat saya pada yang ada terdapat tanda-tanda positif terhadap penyakit tersebut, segera dapatkan saringan. Tapi mohon bersabar kerana pada ketika ini kerajaan sedang menguruskan ramai sangat pasakit baru dari kelompok yang baru ni.