TIDAK lama lagi masyarakat Tionghoa di negara kita akan merayakan sambutan Tahun Baru Cina yang kebiasaannya disambut meriah setiap tahun.

Namun, berikutan penularan pandemik Covid-19 ia pastinya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya yang mana masyarakat perlu menyambutnya dengan norma baharu dan secara sederhana.

Seperti sebuah perusahaan menjual peralatan sembahyang, makanan dan kelengkapan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, di Johor Jaya, Johor Bahru bagaimanapun mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan secara pandu lalu bagi memudahkan pelanggan membuat pembelian.

Hanya cuma perlu pandu lalu untuk membeli kelengkapan Tahun Baru Cina, langkah bijak elak jangkitan Covid-19

Memetik laporan portal media tempatan, pengurusnya Belle Tor berkata, ia bertujuan memastikan pelanggannya, terutama dalam warga emas, merasa yakin dan selamat semasa berurusan dengan mereka ketika pandemik Covid-19 ini.

Pelanggan hanya perlu membuat pesanan menerusi aplikasi Whatsapp dan WeChat sebelum membuat panggilan untuk menetapkan urusan mengambil barangan secara pandu lalu.

Menurutnya rata-rata pelanggan menyambut baik inisiatif itu berikutan ia dapat memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian, selain dapat mengurangkan interaksi secara dekat dan mengelak kesesakan di dalam kedai.

Iklan

“Kebanyakan pelanggan adalah dalam kalangan warga emas, kalau orang muda senang sedikit boleh datang ke sini dan tahu bagaimana untuk imbas kod QR MySejatera.

“Warga emas pula kebanyakan agak susah untuk berjalan dan tidak faham bagaimana untuk imbas kod QR My Sejahtera.

“Jadi inisiatif ini dapat memudahkan lagi mereka, anak-anak mereka juga boleh bantu membuat pesanan dan ambil barang secara pandu lalu,” katanya.

Menurut Tor yang telah mengusahakan perniagaan keluarganya yang berusia 22 tahun itu berkata, usaha yang dibuat sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya jangkitan Covid-19 melibatkan antara pelanggan.

“Saya takut kalau ada kes, ia akan menyusahkan kedua-dua belah pihak, jadi dengan inisiatif ini anak-anak tidak perlu lagi takut sekiranya ibu bapa mereka pergi ke kedai.

“Buat sahaja pesanan online dan ambil barang secara pandu lalu. Sangat mudah,” katanya.

Pemuda berusia 31 tahun itu juga mengakui kemeriahan Tahun Baru Cina pada tahun ini agak suram kerana pelanggan semakin berkurangan, terutama daripada negara Singapura.

Iklan

Lebih-lebih lagi menurut Tor, dahulu kebiasaannya kawasan Johor Jaya ketika ini akan meriah dengan festival jualan sambutan perayaan setiap tahun.

Kini perniagaan agak perlahan, boleh dikatakan kurang 50 hingga 70 peratus berbanding tahun lepas dan tiada lagi festival jualan setiap tahun.