JIKA sebelum ini Shopee menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Mercedes-Benz sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, kali ini ganjaran nampaknya lebih meriah dan menarik.

Sempena Shopee 10.10 Brands Festival Sale, Toyota Vios menjadi hadiah utama peraduan Tap & Win kepada kaki shopping yang paling banyak mengumpulkan tiket emas.

Wow! Menarik. Apatah lagi, syarat penyertaan cukup mudah. Hanya isi borang penyertaan dan sentuh pada imej Toyota Vios untuk mendapatkan tiket emas dengan dua kali peluang setiap hari.

Shopee 10.10 Brands Festival Sale

Peraduan bermula 20 September hingga 10 Oktober itu juga menggalakkan orang ramai untuk mengumpulkan tiket emas supaya peluang lebih cerah untuk menang ganjaran utama.

Bukan setakat kenderaan keluaran Jepun itu menjadi tarikan kempen jualan kali ini, malah Shopee menyajikan pelbagai jenama terkemuka pada harga lebih murah daripada biasa.

Potongan harga hingga 50 peratus diberikan kepada produk terbaik, sekali gus menjimatkan bajet kaki shopping terutamanya para isteri yang sedang mencari-cari perkakas dapur atau keperluan anak.

Shopee 10.10 Brands Festival Sale

Percaya atau tidak, perkakas periuk dan kuali jenama Tefal dengan teknologi Thermo-Spot ditawarkan pada RM199 sahaja berbanding harga asal, RM398.

Selain set memasak, air fryer Tefal Easy Fry Classic Healthy Fryer (4.2L) EY20 juga ditawarkan pada harga luar biasa iaitu RM299 berbanding RM799. Memang murah dan menjimatkan!

Shopee 10.10 Brands Festival Sale

Bagi ibu-ibu yang mencari penyedut habuk pada harga lebih rendah, bolehlah pertimbangkan Tefal Vacuum Cleaner Air Force 360 Light (Grey) TY5510 yang dijual pada harga RM999 berbanding RM1,599.

Jangan lupa tebus baucar potongan harga 50 peratus untuk jenama Tefal ya.

Shopee 10.10 Brands Festival Sale

Selain itu, jangan lepaskan gajet canggih seperti jam pintar jenama Amazfit juga ditawarkan pada harga cukup berbaloi-baloi.

Iklan

Sesuai digunakan untuk kegunaan harian dalam norma baharu, ciri sofistikated pada jam tersebut membantu pengguna lebih peka dengan kesihatan diri.

Rata-rata pembeli turut berkongsi komen positif. Antaranya jam berfungsi dengan baik termasuk aplikasi dalaman selain warna yang cantik.

Shopee 10.10 Brands Festival SaleBuat bakal ibu atau para ibu yang tercari-cari produk keperluan bayi seperti botol susu, boleh mencuba jenama Nuk yang membantu mengurangkan masalah kembung perut.

Harga yang ditawarkan pun boleh tahan untuk NUK Premium Choice PP Bottle with Silicone Teat Size 1 (300ML) hanya RM18 saja berbanding RM55.

Iklan

Bukan setakat botol susu, sabun pencuci dan pengelap mulut bayi pun ditawarkan pada harga murah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Shopee 10.10 Brands Festival SaleJadi, apa tunggu lagi? Terdapat banyak lagi jenama popular dalam dan luar negara ditonjolkan dalam kempen jualan kali ini.

Hanya shopping di hujung jari saja, semua barangan terus sampai depan pintu rumah.

Mudahkan? Anda jangan lepaskan peluang untuk menang Toyota Vios yang ditawarkan dan senarai nama pemenang akan dihebahkan pada 10 Oktober nanti.

Jangan lepaskan peluang keemasan ya!