SEBUT sahaja mengenai Pizza Hut, pasti ramai terbayang-bayang keenakan doh roti buatan tangan. Lagi enak dimakan dengan pelbagai pilihan topping cukup menyelerakan.

Padanlah, jenama piza pan ikonik dan stuffed crust antarabangsa itu menjadi kegemaran ramai tidak kira usia.

Malah, Pizza Hut sekali lagi tidak mengecewakan para peminat khususnya generasi muda apabila tampil dengan inovasi ciptaan kerak terbaharu.

pizza hut

Kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco itu memberikan cita rasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam.

Berkongsi berita gembira itu, Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, Hand Crafted San Francisco terbaharu itu disediakan segar setiap hari.

“Kami menggunakan doh jenis sourdough melalui proses penapaian panjang demi mewujudkan struktur sel terbuka yang benar-benar mengubah rasa dan tekstur piza.

“Teknik pembuatan inovatif ini menjadi satu-satunya kerak enak luar biasa dengan kesedapan unik, hanya terdapat di Pizza Hut pada harga sesuai dinikmati semua,” katanya dalam satu kenyataan.

pizza hut

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Ujarnya lagi, musim Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dijalankan di seluruh negara diharapkan lebih bermakna dengan kempen jualan kreatif itu.

“Pek Travel Pizza dengan harga pengenalan RM1.90 ini terbuka kepada 10,000 pembeli pertama bermula 14 hingga 16 Ogos nanti.

“Inilah masanya untuk menikmati pengalaman piza luar biasa sekali gus mengubat kerinduan untuk keluar melancong ke luar negara,” katanya.

pizza hut

Iklan

Pasti ramai tidak sabar untuk menunggu promosi hebat itu yang berbaki lagi dua hari. Bagaimana caranya untuk membeli pek travel tersebut?

Mudah saja, hanya buat tempahan pada jam 3 petang bermula 14 Ogos nanti dan tempoh satu jam diberikan untuk pembelian pada tiga hari tersebut.

Tempahan boleh didapati menerusi https://travel.pizzahut.com.my. Promosi ini terhad tau dan siapa cepat, dia dapat.

pizza hut

Pada masa sama, pilihan piza terbaharu itu sudah dijual di kesemua 418 premis seluruh negara, sama ada melalui perkhidmatan penghantaran atas talian atau dibawa pulang.

Iklan

Jangan bimbang, tempahan juga boleh dibuat melalui laman web Pizza Hut, aplikasi rasmi Pizza Hut, GrabFood atau terus walk in ke outlet berhampiran.

Baca juga Piza Nasi Lemak dipenuhi ayam perap santan, limpahan keju. Padu menu Pizza Hut baru ni!

Lagi best, bukan saja dapat dinikmati dengan pilihan topping kegemaran antaranya Creamy Chicken Fiesta, Creamy Beef Fiesta, Creamy Crispy Chicken dan HCP Veggie Lover, promosi hebat tersebut disertai diskaun khas 50 peratus sempena pelancarannya.

Jadi, jangan lupa untuk pesan melalui laman web www.pizzahut.com.my/order/promos ya!