HANYA tinggal beberapa minggu saja lagi, semua rakyat berbilang kaum di negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Meskipun sambutan kita pada kali ini sekali lagi dalam normal baharu, namun kecintaan kepada negara masih utuh dan tidak pernah padam.

Bagi menyemarakkan lagi suasana, pemilik pawagam terkemuka negara, Golden Screen Cinemas (GSC) memahat satu misi menarik dengan menganjurkan Kempen Hello, We Can!.

GSC kempen Hello We Can

Program berkenaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Grab, Astro dan Getha itu bukan sahaja bermatlamatkan menyemarakkan lagi semangat patriotisme, bahkan menyokong kesihatan mental.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee, peningkatan kes kemurungan dan mencederakan diri sendiri disebabkan pandemik Covid-19 cukup membimbangkan.

“GSC memahami situasi rakyat yang telah menghabiskan masa lebih setahun mengharungi Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan pandemik dan ia dilihat mula menjejaskan kesihatan mental mereka.

“Justeru, GSC bekerjasama dengan beberapa organisasi dan suara terbesar tempatan tampil menyumbang kepada usaha meningkatkan kesihatan mental dan emosi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Melalui kempen tersebut, Mei Lee berkata, pihaknya turut berkolaboratif dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO).

Antara NGO dan NPO yang terlibat adalah seperti Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Befrienders Malaysia, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) serta Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares).

Okey, bagaimana rakyat Malaysia boleh menyertai Kempen Hello, We Can!?

GSC kempen Hello We Can

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mudah sahaja, para peserta hanya perlu memuat naik foto atau video ke Instagram atau TikTok dengan tanda pagar #HelloWeCan.

Hantaran tersebut mestilah kekal di dalam suapan atau reel pemuat naik untuk pengesahan dan semua akaun yang mengambil bahagian mestilah dibuka kepada umum.

Iklan

Ingat, Instagram Story tidak diterima. Kandungan yang dihantar kemudiannya akan disahkan dan mestilah mematuhi garis panduan dan terma dan syarat GSC untuk layak menerima hadiah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.gsc.com.my/main/hello-we-can.

Sebelum itu, setiap hantaran positif yang dikongsi menggunakan #HelloWeCan, RM10 akan disalurkan ke dalam tabung sumbangan membantu membiayai inisiatif kesihatan mental setiap NGO dan NPO dalam kempen ini.

GSC kempen Hello We Can

Iklan

Apa hadiah menarik yang ditawarkan? Pastinya ganjarannya bukan calang-calang.

Kepada para pemenang, anda berpeluang memenangi produk Getha, baucar dan wang tunai hingga RM38,000.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 20,000 penyertaan pertama juga akan membawa pulang kod promo GrabMart bernilai RM10.

So, let’s.

GSC kempen Hello We Can