Hari Raya diramal hujan dan mendung, sesetengah negeri ribut petir

A
A
A

UMAT Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada 13 Mei 2021 nanti.

Walau pun beraya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya duduk di rumah, pastinya korang nak tahu keadaan cuaca untuk merancang aktiviti bersama ahli keluarga.

 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kemungkinan hujan di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sabah pada Hari Raya dan keadaan ini berterusan sehingga ke hari raya ketiga.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan monsun dan ini mengakibatkan hujan lebat dan ribut petir.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Jailan Simon berkata pada sebelah petang pula dijangka hujan di kawasan pedalaman negeri-negeri pantai timur Semenanjung.

Cuaca negara ini akan bertambah baik menjelang pertengahan Mei ini susulan permulaan Monsun Barat Daya.

 

Tidak hanya itu, kebanyakan negeri akan mencatatkan bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding kejadian ribut petir dan hujan ketika tibanya Monsun Barat Daya ini.

Oleh itu, berwaspadalah ketika menyambut Aidilfitri. Semoga Aidilfitri tahun ini lebih bermakna walaupun ia ia disambut dengan norma baharu.

 

Sumber: Met Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca