Di India setakat ini, sebanyak lebih 500 kes sudah dicatatkan dengan lebih 10 kematian.  Disebabkan jumlah yang kian meningkat itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengambil langkah drastik dengan mengenakan perintah berkurung selama tiga minggu.

Namun, sebaik sahaja arahan itu dikeluarkan oleh Modi, industri perbankan dan perkilangan mula mengambil inisiatif dengan menawarkan bantuan kepada kerajaan mengikut kepakaran masing-masing.

Memetik laporan majalah perniagaan Amerika, Forbes, lelaki terkaya di India, Mukesh Ambani  menunjukkan keprihatinannya terhadap pencegahan wabak yang melanda dunia ini dengan mengumumkan sebuah pelan jangka panjang yang melibatkan ‘pencegahan, pengurangan dan sokongan secara berterusan’.

Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Mukesh Ambani

Sementara Yayasan Reliance milik Ambani dilaporkan menubuhkan kemudahan pusat saringan Covid-19 yang pertama di India dengan kelengkapan 100 katil.

Yayasan tersebut turut menyediakan alat bantuan pernafasan (ventilator), alat pemeriksaan jantung dan mesin dialisis di Hospital Seven Hills di Mumbai.

Tidak cukup dengan itu, Reliance juga memberi bantuan makanan kepada orang ramai di seluruh bandar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 serta menawarkan bantuan bahan api secara percuma bagi kemudahhan pengangkutan hospital termasuk pesakit yang berada dalam tempoh kuarantin.

Terdapat juga beberapa hartawan lain yang turut tampil menghulurkan bantuan seperti:

Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Anand Mahindra

1. Anand Mahindra

Pengerusi Mahindra Group, menggunakan duit gajinya bagi membantu pihak yang memerlukan serta menubuhkan dana bertujuan membantu peniaga-peniaga kecil yang kini mengalami kesukaran.

Mahindra sebelum ini juga mengatakan bahawa pasukannya bersedia bekerjasama dengan pihak kerajaan atau tentera untuk membina pusat penjagaan sementara.

Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Anil Argawal

2. Anil Argawal

Pemilik Vedanta Resources, mengumumkan penubuhan dana AS$13 juta (RM57 juta) yang disasarkan terutamanya di beberapa aspek iaitu pekerja gaji harian, kakitangan dan pekerja kontrak, petugas kesihatan dan komuniti yang terlibat dengan Vedanta.

Iklan
Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Vijay Shekar Sharma

3. Vijay Shekar Sharma

Pengasas platform pembayaran digital Paytm, menjanjikan bantuan sebanyak AS$ 650,000 (RM2.8 juta) bagi inovasi perubatan yang berkaitan dengan COVID-19.

Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Sridhar Vembu

4. Sridhar Vembu

Pengasas firma perkhidmatan Zoho Corp, mengumumkan Program Bantuan Langganan Kecemasan Perniagaan Kecil yang memberi manfaat kepada 20,000 pelanggan perniagaan kecil.

Hartawan India tampil beri bantuan cegah Covid-19
Raveendran

5. Raveendran

Pengasas Edtech Byju yang juga seorang jutawan menawarkan akses percuma ke aplikasi Byju, yang menawarkan pelajaran matematik dan sains bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

Iklan

6. Manoj Bubna, Gautam Gurtoo dan Biren Shah

Pengasas Nitrogen, yang menawarkan perkhidmatan  penggunaan platform digital secara percuma selama tiga bulan untuk hospital, kedai runcit dan farmasi.

Dalam perkembangan sama, perintah berkurung di India merangkumi penutupan sempadan masuk dan melarang pergerakan kecuali untuk perkhidmatan perlu.

Kesimpulannya, jika semua pihak mengambil langkah dengan bekerjasama dan tampil menghulurkan bantuan bagi yang berkemampuan sebegini mungkin wabak Covid-19 mampu dihentikan secara tidak langsung dapat meringankan beban petugas barisan hadapan.