Hati-hati di pantai! Air pasang besar di 4 negeri diramal sehingga Sabtu ini

Awas jauhi pantai, fenomena air pasang besar landa 4 negeri mulai 4 Nov
Awas jauhi pantai, fenomena air pasang besar landa 4 negeri mulai 4 Nov
A
A
A

BUAT penduduk atau orang ramai yang berada di kawasan pesisir pantai terutamanya di empat negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia disaran agar berwaspada.

Itu berikutan fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula Selasa hingga Sabtu ini.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia memaklumkan, kawasan berisiko adalah di;

  • Kuala Muda, Kedah
  • Bagan Datoh, Perak
  • Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Selangor
  • Batu Pahat dan Pontian, Johor

Menurut hantaran yang dimuat naik di Facebook berkenaan, keadaan bertambah buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak yang akan menyebabkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Baca juga [VIDEO]8 jam terkandas, video penumpang mengamuk tular, ini kejadian libat lebih 400 orang

fenomena hujan pelik

Justeru itu, orang ramai khususnya pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang dinyatakan di kawasan terbabit.

Selain itu, orang ramai juga diminta memantau keadaan cuaca dan jika hujan lebat serta air laut pasang berlaku serentak, bersedia untuk berpindah ke tempat selamat dan mematuhi arahan pihak berkuasa yang ditetapkan.

Baca juga Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

Pada 2 Januari lalu, air pasang besar melanda beberapa kawasan di Selangor termasuk Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata air pasang berada pada paras ketinggian lima meter, namun situasi terkawal.

Justeru itu, bagi korang yang bercadang bercuti ke kawasan pantai bolehlah mencari aktiviti riadah lain. #staysafe #kita jagakita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca