Hati-hati puji anak, doktor ini dedah cara yang betul

A
A
A

SEMUA orang suka dipuji, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ya, memberi pujian didefinisikan sebagai penghargaan atas usaha dan pencapaian.

Ada sesetengah ibu bapa suka memuji anak setiap kali berpeluang berbuat demikian mungkin kerana sudah terbiasa dengan cara ibu bapa memuji ketika kecil dahulu.

Tapi, ada juga ibu bapa yang kurang memanjakan anak mereka dengan pujian semasa kecil kerana menganggap pujian ini akan membuat anak kurang berusaha dan meninggi diri.

Kita menganggap memuji anak boleh membangkitkan semangat mereka, namun apakah cara pujian yang kita pakai itu betul dan dapat meningkatkan motivasi mereka?

Menurut Dr Rozanizam Zakaria, selalunya ibu bapa memuji anak dengan cara yang silap.

"Hati-hati puji anak, orang selalu puji anak, tapi buat dengan cara yang silap.

"Jangan puji anak kerana kepandaiannya. Tetapi puji usahanya.

"Gunakan ayat 'Bagus adik sebab adik cuba jawab dengan baik' berbanding 'Wow, adik memang pandai!'," tulisnya di Twitter.

Hati-hati puji anak, doktor ini dedah cara yang betul

Tegas beliau, anak-anak perlu diajar bahawa dia layak dipuji kerana usaha bukan keistimewaan.

"Ini yang didapati daripada kajian psikologi kanak-kanak. Kalau anak-anak membesar dalam keadaan dipuji kerana 'pandainya anak papa', 'anak mama memang bijak', mereka akan terperangkap dengan pujian ini.

"Anak juga menjadi takut berusaha sesuatu yang lebih sukar kerana takut tidak lagi menerima pujian yang selalu diberikan.

"Akhirnya, pujian ini hanya membunuh keyakinan anak-anak," ujarnya.

Baca juga Masalah gangguan makan, ini apa yang kita perlu tahu

Dengan memanamkan ‘mindset’ ini, anak-anak akan rasa lebih termotivasi meningkatkan potensi diri dan berani mencuba walaupun apa jua hasilnya.

Jadi, ubahlah cara korang memuji anak mengikut usaha yang dia telah tunjukkan, bukan hasilnya.

Semoga bermanfaat!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca