SEJAK penularan pandemik Covid-19, orang ramai digalakkan tidak lagi berjabat tangan untuk mengelakkan berlakunya sentuhan sepertimana yang kita tahu virus tersebut mampu berjangkit melalui sentuhan.

Seperti di London, media pernah melaporkan masyarakat di sana mengamalkan ‘salam siku’ untuk mengelakkan penyebaran virus Covid-19.

Di Malaysia pula trend orang ramai ketika ini melakukan ‘fist bump’ atau menggenggam tangan dan melagakannya apabila berjumpa yang disifatkan sebagai cara baharu untuk menyapa antara sama lain.

Namun, baru-baru ini Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, perbuatan tersebut perlu dielak!

Memetik laporan media tempatan, beliau berkata, orang ramai dinasihat berhati-hati kerana perbuatan itu juga membabitkan sentuhan fizikal yang tidak digalakkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Jangan bersalaman dan bersentuhan termasuk lagakan anggota badan, namun hari ini saya lihat trend bukan sahaja melakukan begini (fist bump) tetapi genyeh lagi, adakah kita mencuci tangan selepas itu.

“KKM hanya anjur hormat dengan meletak tangan di dada dan tunduk hormat, jadi saya lihat trend yang sedang berlaku kini tidak baik dan saya sarankan supaya berhati-hati,” katanya.

SEJAK penularan pandemik Covid-19, orang ramai digalakkan tidak lagi berjabat tangan untuk mengelakkan berlakunya sentuhan sepertimana yang kita tahu virus tersebut mampu berjangkit melalui sentuhan.

Untuk pengetahuan korang, ketika berjabat tangan, individu memindahkan dua kali ganda jumlah bakteria berbanding ‘fist pump’ atau ‘high-five’.

Walaupun bakteria yang mampu tersebar rendah berbanding dengan bersalaman, risikonya juga tetap sama.

Iklan

“Kajian mendapati kita membawa 3,200 bakteria daripada 150 jenis spesies berbeza pada tangan kita dan secara purata kita akan bersalaman sebanyak 15,000 kali sepanjang hidup,” kata Pengarah Pendidikan Perubatan di Anglia Ruskin University di United Kingdom (UK), Nicky Milner.

Di Itali, Menteri Kesihatan, Olivier Veran juga menasihatkan orang ramai supaya tidak berpeluk atau bercium sebagai langkah membendung penularan wabak tersebut.

Salam siku atau elbow bump pula mula diguna pakai oleh rakyat Liberia ketika serangan wabak Ebola selepas doktor mendakwa 80 peratus daripada selesema, demam dan jangkitan pernafasan disebarkan melalui tangan.

Jadi, sama-sama lah kita mengamalkan perbuatan dengan metakkan tangan kanan di dada kiri sebagai tanda hormat dengan ucapan salam, menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

Iklan

Selain itu, kita juga perlu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), serta sentiasa membawa penutup mulut dan hidung.

Jadi, berhati-hati. Mencegah jauh lebih baik daripada merawat!