MERENTAS desa salah satu agenda wajib di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Diadakan setahun sekali, aktiviti itu dinanti-nantikan para pelajar terutama bagi peminat sukan.

Namun seorang Tingkatan Dua di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan dikatakan meninggal dunia selepas menyertai kejohanan merentas desa sejauh tujuh kilometer (km) pada hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, pelajar berkenaan, Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri sebaik menghampiri garisan penamat pada jam sekitar jam 8 pagi.

Baca juga: Tersadung, pengsan, remaja 16 tahun maut ketika merentas desa

Baca juga: Tengah ‘on air’ tiba-tiba kejung depan kamera, wartawan pengsan ketika bertugas, sempat ‘inform’ tak sihat

Berikut adalah info berkaitan insiden kehilangan nyawa itu:

1-Nuqman Naufal rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira 50 meter dari garisan penamat.

2-Guru yang berada di lokasi telah cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi pelajar itu tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

3-Pihak sekolah kemudian menghubungi talian 999. Nuqman Naufal kemudian dibawa ambulans ke Unit Kecemasan, Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk tindakan lanjut.

4-Syahrul Anuar berkata, berdasarkan keterangan daripada bapa Nuqman Naufal, anaknya itu menghidap penyakit jantung berlubang sejak tahun 2016.

5-Remaja itu juga memiliki kad rawatan bagi penyakitnya dari Institut Jantung Negara (IJN) dan dibekalkan dengan ubat-ubatan daripada IJN pada setiap masa.

6-Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) manakala siasatan lanjut terus dijalankan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

7-Difahamkan, seramai 700 pelajar lain turut menyertai larian tersebut.

Baca juga: Cemasnya! Perenang pengsan ketika berlatih, mujur jurulatih cepat bertindak

Baca juga: Syukur! Remaja lelaki hilang di Cheras kini dijumpai di Kedah, ini kejadiannya

8-Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, hanya orang terdekat dengan Allahyarham dan mereka yang berada di lokasi kejadian yang mengetahui apa sebenar berlaku.

9-Beliau berharap perkara berkenaan tidak ditularkan dengan salah manakala keluarga Allahyarham menerimanya sebagai ketentuan takdir.

10-Bibi Sharliza berkata pihak sekolah juga memaklumkan pelajar tersebut tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit ketika di sekolah.

11-Malah, ketika kejadian, pihak guru juga sedaya upaya menyelamatkan Allahyarham, tetapi dia tidak menunjukkan tindak balas yang baik.

Iklan

12-Beliau juga difahamkan ketika kejadian keadaan cuaca tidak begitu panas.

13-Ibu Allahyarham yang jelas kelihatan sugul enggan ditemu bual media kerana belum bersedia dan masih sedih dengan pemergian Allahyarham.

Terdahulu, pada Mei 2022, seorang pelajar berusia 16 tahun dari Marang, Terengganu meninggal dunia ketika menjalani latihan penyesuaian ‘track’ merentas desa.

Manakala pada tahun 2020 seorang pelajar lelaki sebuah sekolah agama meninggal dunia selepas pengsan ketika menyertai latihan merentas desa di Sungai Besar.

SinarPlus mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, al-Fatihah.

Sekadar info, kebiasaannya merentas desa bagi pelajar sekolah menengah terbahagi kepada empat kategori seperti berikut:

Kategori A- Lelaki bawah 18 tahun- 8 km

Iklan

Kategori B- Perempuan bawah 18 tahun- 6 km

Kategori C- Lelaki bawah 15 tahun- 6 km

Kategori D- Perempuan bawah 15 tahun- 6 km

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli) 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!