Honda bantu komuniti memerlukan, sumbang gajet, kit keselamatan banjir dan pelitup muka       

A
A
A

MEMAHAMI keperluan gajet untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Honda Malaysia tampil menghulurkan sumbangan komputer riba kepada pelajar kurang berkemampuan di empat sekolah menengah di Melaka.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, perjuangan berdepan Covid-19 menjadi satu cabaran besar buat pelajar kurang berkemampuan.

“Demi survival pendidikan norma baharu, pelajar tiada pilihan dan perlu berdepan sistem PdPR. Disebabkan itu, peranti seperti komputer menjadi keperluan sangat penting buat mereka.

Honda

“Justeru, kami berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu merapatkan jurang pembelajaran jarak jauh dan pelajar yang dibantu mempunyai persekitaran pembelajaran yang lebih baik,” ujarnya katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, Honda juga menyediakan 500 kotak pelitup muka untuk 10 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di Melaka. Setiap sekolah diperuntukkan 1,000 pelitup muka.

“Di samping itu, kami menyumbang 1,000 pelindung muka dan petugas barisan hadapan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah dan Kit Keselamatan Banjir kepada 500 mangsa banjir di Pekan, Pahang,” katanya.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca