SEMPENA sambutan hari jadi hoolah yang ke-4 pada 1 Mac lalu, jenama itu memberi berita baik kepada penggunanya dengan menawarkan diskaun sebanyak 40 peratus, di samping bonus rujukan tambahan sebanyak RM30 sepanjang bulan Mac.

Diskaun tersebut sah untuk pedagang yang mengambil bahagian (fesyen & kecantikan sehinggalah kepada gaya hidup & keperluan rumah). Antaranya seperti Handmade Heroes, Melissa, NIHON Skin, Nita Cosmetics, Sweet Peachier, Alhumaira, Pazzion, TRAPO, TTRacing, HiBlendr dan Box of Bricks.

Untuk tambahan bonus rujukan iaitu pada 1 hingga 31 Mac, pengguna hoolah akan memperoleh rujukan tambahan jika mereka merujuk rakan dengan cara:
i) Minta rakan anda muat turun aplikasi di App Store /Google Play
ii) Pada aplikasi hoolah, pergi ke Tetapan > Rujuk rakan dan kongsi kod rujukan dengan rakan.
iii) Rakan anda akan menerima baucar penyertaan RM20 (belanja minimum RM100) sebaik sahaja mendaftar pada aplikasi, manakala anda akan mendapat bonus tambahan RM30 baucar rujukan (naik daripada RM20, belanja minimum RM100). Mudahkan?

Berikut SinarPlus perincikan promosi-promosi di hoolah mengikut kategori. Mudahlah untuk kalian rujuk.

KECANTIKAN & FESYEN

Handmade Heroes (1-31 Mac)

-Terkenal dengan rangkaian penjagaan kulit terpilih semula jadi yang diperbuat dengan minyak dan ekstrak botani, Handmade Heroes bakal melancarkan Ultimate Dewy Skin Kit edisi terhadnya pada harga RM237.40 dan potongan sebanyak 12 peratus untuk masa terhad sahaja.
-Set ini mengandungi produk The Ultimate Bakuchiol Booster Oil dan The Ultimate Snow Shroom Hyaluronic Acid.

Jurlique (1-31 Mac)

Antara item yang boleh diusha:

a) Activating Water Essence +
b) UV Defence High Protection Lotion SPF 50 PA++++
c) Krim Tangan Jurlique Rose Luxe Edition
-Ini merupakan krim yang paling disukai.
-Krim Tangan Rose Luxe Edition yang mewah ini berfungsi menyuburkan dan melindungi kulit daripada ancaman persekitaran. Ia juga menampilkan wangian khas Jurlique yang harum. Memang best tau, admin pun suka!

Nita Cosmetics (1-31 Mac)

-Ini khas kepada pencinta kecantikan yang memerlukan warna-warna pop pada kuku anda! Kini, anda boleh mengenakan pengilat kuku dengan mudah.
-Jenama kecantikan yang unik tersebut turut melancarkan Beg Tote Pasaraya (RM29) mesra alam yang meliputi pelbagai warna.

NIHON Skin (1-31 Mar)

-Dapatkan kulit berseri tanpa perlu bersusah-payah dengan Krim Pencerah Wajah NIHON Skin terlaris, pelembap harian yang dirumus khusus untuk kulit penduduk Asia dalam iklim tropika.

Sweet Peachier (1 – 31 Mac)

-Anda kini boleh mendapatkan rawatan pembuangan rambut dalam suasana selesa dan selamat di rumah anda sendiri dengan Sweet Peachier IPL Laser Hair Removal Handset.

Cath Kidston (17-31 Mac)

-Jenama ini memang admin suka. Nikmati diskaun 10 peratus bagi pembelian minimum dua produk dan diskaun 15 peratus bagi pembelian minimum empat produk di seluruh laman!

Triumph International (1-8 Mac)

-Sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa, pengeluar pakaian dalam dan bengkung terkemuka dunia menawarkan potongan 20 peratus + 10 peratus untuk setiap pembelian empat helai dengan menggunakan kod baucar: TRIFEB22

Alhumaira (1 – 7 Mac)

-Jenama tudung terkenal di Malaysia Alhumaira menawarkan potongan 10% untuk koleksi tudung segeranya, AUDRA dan STELLA. Di samping itu, wanita juga boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk DARLENE, CHERIE, SAHRA, HIKARI dan TWILLY sepanjang bulan Mac, di samping diskaun hari jadi hoolah 40 peratus apabila anda membayar melalui hoolah.

Audra

-Audra adalah koleksi tudung instant terbaru dari ALHUMAIRA yang diperbuat daripada fabrik cotton ribbed.

BACA JUGA Shokubutsu hadir dengan produk antibakteria baharu. Guna teknologi terkini hasil buih-buih yang mewah, wangi

Darlene

Koleksi Darlene ini sangat istimewa kerana ianya berkonsep tudung instant 2 dalam 1. Dilengkapi dengan anak tudung yang berfabrikan cotton viscose yang sangat berkualiti tinggi, sejuk, serap peluh, melekap elok di kepala dan selesa.

Iklan

Tiffany

Anda mencari anak tudung yang selesa dan mampu menutupi keseluruhan bahagian leher? Koleksi Tiffany sememangnya pilihan yang sangat sesuai!
Ia dihasilkan daripada fabrik cotton viscose yang sangat berkualiti tinggi, tidak panas, serap peluh dan selesa untuk digayakan sepanjang hari.

 

GAYA HIDUP & AKSESORI

Trapo Malaysia (8-9 Mar)

Trapo Malaysia meraikan Hari Wanita pada 8 Mac, menawarkan potongan 15 peratus di seluruh kedai antara jam 12 pagi hingga 2 petang dan potongan 10 peratus di seluruh kedai hingga 9 Mac.

Box of Bricks (1-31 Mar)

Bebaskan naluri kanak-kanak anda dan bergembira dengan diskaun 20 peratus untuk set mainan Lego di kedai Box of Bricks LEGO Certified. Lihat set terbaharu, LEGO The Globe, Glob Bumi vintaj versi LEGO Ideas dengan rekaan terperinci yang berputar dan bersinar di dalam gelap.

RUMAH & KEHIDUPAN

Iklan

TTRacing (21-31 Mac)

Merancang untuk menghias ruang kerja di rumah anda lebih-lebih lagi dekat nak raya? Duo V3 Baharu daripada TTRAcing menampilkan rekaan berkualiti tinggi! Apa lagi, jom grab…

Eksklusif dari 21 – 31 Mac, pengguna hoolah boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk Duo V3 Baharu dengan kod TTRXHOOLAH10 (belanja minimum RM300).

HIBlendr (1- 31 Mar)

Amalkan gaya hidup lebih sihat dengan Juice Cup Pro HiBlendr yang kompak tetapi berkuasa dalam menyediakan sediakan hidangan smoothie menyihatkan dalam masa 40 saat sahaja.

Hanya tebus baucar anda dalam aplikasi hoolah di bawah ‘Ganjaran Saya’ apabila anda membuat pembayaran mudah dan ringkas!

Sekejap, kepada yang masih belum tahu, hoolah ialah platform omni-channel Beli Sekarang Bayar Kemudian terkemuka di Asia.

Hoolah membolehkan pengguna untuk membeli barangan keperluan mereka secara bertanggungjawab dan bayar kemudian melalui tiga ansuran bulanan tanpa faedah. Hoolah aktif di Singapura, Malaysia dan Hong Kong dengan lebih 2,000 rakan kongsi pedagang.

BACA JUGA Rahsia kejelitaan semula jadi dengan rangkaian Hada Labo KOUJI Treatment Sensitive Hydrating. Ramai yang berpuas hati!