Hotel lima bintang Andaman dua kali terbakar, 80 peratus hangus dijilat api

A
A
A

DUA kali terbakar! Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping gambar yang memperlihatkan bangunan hotel lima bintang, Hotel Andaman & Luxury Resort yang terletak di Langkawi hangus dijilat api.

Kejadian pertama dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 4 petang 12 Januari lalu, sebelum kebakaran berulang di lokasi sama pada 1.13 awal pagi keesokannya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.04 petang Selasa dan 1.13 pagi semalam.

Anggota dari balai bomba Langkawi dan Persiaran Putra dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran.

Disebabkan oleh faktor cuaca angin kencang, blok utama kelab B bangunan tersebut terbakar hampir keseluruhannya akibat dijilat api yang terlalu marak dan sukar dikawal.

Hotel lima bintang Andaman dua kali terbakar, 80 peratus hangus dijilat apiSelain itu, struktur binaan kayu juga mungkin penyebab api cepat marak sekali gus menghanguskan kira-kira 80 peratus hotel mewah tersebut.

Namun, kebakaran pertama berjaya dikawal pada kira-kira jam 10 malam (Selasa).

Keesokannya, Bomba sekali lagi menerima panggilan kecemasan sebelum anggota ke lokasi sama untuk memadam kebakaran kedua.

Keluasan bangunan kira-kira 300 kaki x 900 kaki (91 meter x 274 meter) terbakar hampir keseluruhan struktur tersebut.

Hotel lima bintang Andaman dua kali terbakar, 80 peratus hangus dijilat apiKebakaran melibatkan bangunan yang memiliki tiga seksyen menempatkan pejabat pentadbiran, lobi utama dan dewan besar, serta sayap utara dan selatan yang merupakan bilik penginapan

Tambahnya, operasi masih dilakukan dan bomba berdepan masalah bekalan air dan akses untuk melakukan pemadaman di bahagian kebakaran berkenaan.

Menurut kenyataan Bomba, anggota melakukan pemadaman melalui cara fire break di sayap selatan dan sayap utama bangunan tersebut menggunakan satu aliran dua pancutan 100 kaki air daripada air tangki jentera.

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan sedang dalam siasatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca