Hukum beri duit raya dalam Islam sebagai sedekah, tidak menyerupai angpau
PEMBERIAN duit raya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat kita. Kanak-kanaklah yang paling gembira menerimanya. Tidak lupa ibu bapa, saudara mara dan sahabat handai.
Mungkin ada yang mengaitkan pemberian duit raya ini sebagi tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan angpau yang diberikan semasa perayaan kaum Cina.
Baca juga: Boleh guna duit raya anak, tapi jangan sampai memudaratkan mereka
Pejabat Mufti Wilayah berkongsi bahawa duit raya dan isu tasyabbuh.
“Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibu bapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam.
“Berkaitan dengan isu tasyabbuh (penyerupaan) di antara duit raya dengan angpau yang diberikan semasa perayaan kaum Cina, kami melihat bahawa tidak terdapat sebarang unsur tasyabbuh di antara keduanya.
“Ini kerana pemberian duit raya ada asasnya di sisi Islam iaitu termasuk dalam kategori sedekah yang hukumnya sunat. Justeru, tidak timbul isu tasyabbuh di sini (duit raya),” katanya.
Manakala bagi penggunaan sampul rayai ia kembali kepada hukum asal sesuatu, sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah fekah ;الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَة
Maksudnya: Hukum asal bagi setiap sesuatu (yang bukan ibadah) adalah harus.
SEDEKAH
Bahkan menurutnya, perbuatan bersedekah kepada ibu bapa adalah termasuk antara ibadah yang sangat menguntungkan.
Ini kerana, ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu ‘birrul walidain’ (berbuat baik kepada kedua ibu bapa), mengeratkan silaturahim serta pahala bersedekah itu sendiri.
Demikianlah juga jika ia diberikan kepada kaum kerabat, sanak saudara dan umpamanya. Ia turut mendapat dua pahala iaitu pahala bersedekah dan juga pahala menghubungkan silaturahim.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sa'd bin Abi Waqqas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ
Maksudnya : Sesungguhnya kamu tidaklah membelanjakan nafkah yang kamu harapkan redha Allah dengannya (nafkah tersebut) melainkan kamu akan diberikan ganjaran ke atasnya, sekalipun jua nafkah yang kamu jadikannya di dalam mulut isteri kamu.
Riwayat Al-Bukhari (56)
Baca juga: Tunjuk hidup mewah, makan sedap tapi tak bayar hutang! Hilang keberkatan dan reda ALLAH
Pemberian duit raya bertepatan dengan usaha menzahirkan syiar Islam menerusi kegembiraan memberi dan menerima sedekah, mengeratkan silaturahim dan budaya kunjung-mengunjung.
Namun begitu, ia diberikan tidaklah dilakukan secara takalluf (memaksa diri) tetapi mengikut kemampuan.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Sumber: Al-Kafi , Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang