JIKA terdahulu Sinar Plus ada menulis satu artikel yang mana rakyat Indonesia yang melanggar peraturan penjarakan sosial akan ditempatkan di dalam rumah hantu, kini pesalah di ibu kota Jakarta akan berdepan pula dengan hukuman membasuh tandas.

Membasuh tandas menjadi antara senarai hukuman dalam peraturan baharu yang bertujuan memerangi jangkitan Covid-19 di kota raya berkenaan.

Keluar dari rumah tanpa memakai penutup muka boleh didenda sebanyak 250,000 rupiah (RM73).

Sementara itu penduduk yang berhimpun di khalayak ramai boleh dihukum membersihkan kemudahan awam termasuk tandas sambil memakai ves tertera label ‘pelanggar peraturan.’

Berdasarkan peraturan baharu, syarikat yang tidak mengendahkan arahan penutupan atau melanggar peraturan kesihatan awam pula boleh didenda sehingga 50 juta rupiah (RM14,500).

Jadi, kalau rasa ingin buat kerja amal cuci tandas jika anda berada di Jakarta boleh la cuba langar peraturan penjarakan sosial.

Kalau di Malaysia wujudkan peraturan sebegitu agaknya apa yang bakal berlaku ye?

Iklan

Sebagai info, Jakarta yang memiliki kira-kira 30 juta penduduk mengenakan perintah berkurung tidak sepenuhnya sejak bulan lalu apabila kes jangkitan Covid-19 meningkat dengan mendadak.

Beberapa bandar di Indonesia turut mengenakan sekatan hampir sama. Namun pelanggaran peraturan berlaku secara berleluasa.

Iklan

Kematian akibat Covid-19 di Indonesia dilihat terus melonjak kepada 1,007 kes dengan hampir 14,749 kes positif.

Namun, jumlah itu dipercayai lebih tinggi berbanding angka rasmi.