Ibu bapa bayi 11 bulan viral dipercayai bersekedudukan & penagih dadah, Cikgu Fadli kongsi pengalaman tersalah beri bantuan

Untitled design (8)
Untitled design (8)
A
A
A

KISAH kisah keluarga membawa bayi lelaki mereka yang memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal ke hospital sekali lagi mengundang perhatian ramai.

Terbaru, menerusi perkongsian Mohd Fadli Salleh  mengatakan, imam kampung tersebut sudahpun memuat naik video penjelasan.

Menurut beliau, wanita tersebut masih lagi bergelar isteri orang dan suaminya kini berada penjara.

"Bersekedudukan dengan pakwe. Orang kampung, pihak masjid pergi nasihat. Tapi tak layan. Lastnya mereka ambush kemudian hantar wanita ini ke rumah mak dia.

"Tak lama duduk rumah mak, ikut balik pak we dia. Ahli kariah selalu dah bantu mereka dari dulu. Dan katanya dua-dua penagih," tulis Mohd Fadli Salleh lagi.

bayi 11 bulan

Baca ni ‘Pernah datang tapi tak cukup duit. ‘ Bapa bayi 11 bulan menangis sebak terima kereta untuk kegunaan keluarga ke hospital

Akui bekas guru tersebut, kes sedemikian sudah banyak kali beliau temui sebelum ini.

"Aku banyak kali jumpa kes seperti ini. Kita punya tolong bagai nak rak, sewakan rumah sebab kena halau. Rupanya dulu kena halau sebab tokan jual dadah.

"Duduk rumah baru yang aku carikan, orang infak semua peralatan rumah, katil, sofa, pekakas dapur semua, 2 bulan lepas tu owner rumah hubungi aku. Tak tahan.

"Rumah baru je repair dan cat, rosak binasa. Tak jaga kebersihan. Aktif jual dadah. Anak-anak biadab dan kurang ajar pada penduduk sekitar.

Ada yang bagi motor, jual motor. Beli oven kata nak jual kek, dengan oven dia jual. Macam-macam kes sebenarnya yang orang tak tahu," ujarnya.

Baca juga ‘Itu kenderaan kami ada, duit dalam poket RM12 je.’ Pakai alat bantuan pernafasan naik motor ke hospital, kisah keluarga ini meruntun hati

Kes viral

Kongsinya lagi, pernah sebelum ini beliau mengendalikan satu kes pernah viral yang mana berlaku di bulan puasa.

"Ketuk rumah jiran minta garam. Nak buka puasa nasi dengan garam katanya. Viral teruk sampai kutipan lebih RM1.5 juta. Lepas tu baru kantoi penagih laki bini, kuat judi online. Tak dan setahun duit lebih sejuta licin. Minta derma lagi tahun berikutnya guna modal sama.

"Entah lah. Kadang jangan terlalu mudah percaya dengan benda viral. Siasat dan tolong jangan persalahkan pihak zakat, orang kampung dan pihak masjid.

"Biasanya bila kes viral pakat salahkan YB la, zakat la, orang masjid la. Rupanya bila semak, mereka telah dibantu berkali-kali. Dah selesa hidup dengan bantuan sampai malas kerja.

"Mula reka cerita zakat tak bantu lah apa. Nak pergi minta bantuan dengan gereja dan sebagainya kerana mengharap simpati orang.

Membantu dan sedekah itu sikap yang sangat mulia. Cuma pastikan sasaran tu tepat. Jangan guna modal

"Kalau dia tipu tu urusan dia dengan Allah. Kita dah dapat pahala sedekah." ungkapnya lagi.

Baca ni Sampainya hati! Suami kahwin baru, isteri & anak kecil dihalau dari rumah sewa, kisah benar tular undang pilu

mohd aariz

Pada masa sama beliau menasihati perlu siasat betul-betul dan tidak boleh guna ayat tu kawan.

"Bagaimana jika kita sedekah dia guna buat beli dadah. Dah tengah high dia rogol anak dia, rogol anak saudara ke, jiran ke apa? Lepas tu bunuh pula.

Macamana jika begitu? Asbabnya dari sedekah kita itulah dia buat beli dadah, beli senjata dan mudaratkan orang lain pula.

Fikir-fikirkan," katanya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang