Ibu bapa mohon cakna pemakanan anak, perkembangan kena seimbang IQ dan EQ
Ibu bapa mohon cakna pemakanan anak, perkembangan kena seimbang IQ dan EQ
IBU bapa harus mengambil berat mengenai perkembangan seimbang darjah kecerdasan (IQ) dan kuantiti emosi (EQ) anak-anak, bukan hanya memberi penekanan kepada perkembangan IQ sahaja, disebabkan masa depan yang sentiasa berubah.
Itu pendapat Pakar tempatan dan pakar perunding pediatrik dari Pusat Perubatan Ara Damansara, Dr Rakhee Yadav dan pakar neurosains dan anatomi di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Cheah Pike See.
Menurut Dr, Rakhee Yadav berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Morbiditi Kesihatan 2019 (NHMS), dianggarkan satu daripada 20 kanak-kanak Malaysia berusia lima hingga sembilan tahun mengalami gangguan mental.
Ujarnya, kanak-kanak memerlukan perkembangan IQ dan EQ yang seimbang untuk bersedia menghadapi masa hadapan.
Katanya, meskipun kejayaan profesional menjadi cita-cita kebanyakan ibu bapa untuk anak-anak mereka, ia juga sama penting untuk mewujudkan generasi masa hadapan yang mampu membina hubungan sosial, mengendalikan tekanan dan menjalani kehidupan dengan yakin untuk menempuh cabaran dalam kehidupan dunia serba pantas ini.
"Otak manusia merupakan satu ciptaan semula jadi yang menarik. Semasa pertumbuhannya, sel-sel otak berkembang untuk membina pelbagai sambungan dan rangkaian. Lebih banyak sel otak berhubung, ia dapat menyokong perkembangan holistik otak.
Baca juga Usah pandang remeh, 11 risiko menanti jika abai jaga gigi susu anak kecil
"MFGM dan DHA mengeluarkan bahan kimia otak yang disebut sebagai neurotransmitter 2, yang menghantar maklumat dari satu sel otak ke sel yang lain, sekali gus mengawal kebolehan mental dan emosi.
"Ia penting bagi ibu bapa untuk memahami khasiat yang diperlukan ketika tempoh awal si kecil dan sebaik-baiknya pemakanan harus mengandungi MFGM untuk membantu menyokong perkembangan EQ5 dan tahap DHA6 saranan pakar yang menyokong perkembangan IQ.
"Manfaat pemakanan berlanjutan sehingga ke zaman remaja, dan akan membentuk kesejahteraan intelektual dan emosi kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang," kata Dr Rakhee Yadav ketika bercakap di majlis pelancaran Enfagrow A+ Mindpro Holistic Brain Expo, baru-baru ini.
Dalam pada itu menurut Prof Madya Dr Cheah Pike See, pemakanan, jalinan hubungan dan pengalaman adalah tiga blok pembinaan penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia menyumbang kepada kebolehan intelektual, emosi dan sosial seseorang kanak-kanak.
Justeru, ujarnya, penting bagi ibu bapa dan pendidik untuk menyedari dan menyediakan kanak-kanak dengan pemakanan yang betul, sokongan emosi dan pengalaman yang positif sepanjang tahun-tahun pembentukan ini.
Baca juga Pernah dengar bayi bernafas seperti berdengkur? Ini sebabnya yang mak ayah perlu tahu
Katanya lagi, perkara itu menjadi asas kepada kejayaan masa depan dan perkembangan holistik sepanjang hayat.
Selain itu, Pengurus Besar Mead Johnson Nutrition, Malaysia, Singapura dan Vietnam, Brian Fischel berkata pemakanan yang baik sepanjang tempoh lima tahun pertama dalam kehidupan kanak-kanak penting bagi memupuk perkembangan otak secara menyeluruh.
"Penyelidikan menunjukkan bahawa 90% daripada perkembangan otak berlaku dalam tempoh ini, justeru asas pemakanan yang kuat menjadi keutamaan.
"Masa depan sentiasa berubah, meliputi pelbagai cabaran seperti perubahan iklim dan peluang yang tercetus daripada kecerdasan buatan (AI), kesedaran ibu bapa semakin meningkat terhadap kesediaan anak mereka untuk menghadapi landskap yang berubah dan meneruskan laluan kerjaya pilihan mereka," ujarnya.
Baca juga Baby walker boleh sebabkan kaki bayi pengkar. Pakar ini kongsi beberapa keburukan lain
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang