ZAMAN awal kanak-kanak adalah waktu pertumbuhan dan perkembangan yang penting.

Dalam tempoh itu, banyak perubahan berlaku pada tubuh termasuk di dalam mulut atau bahagian tubuh badan si manja dari peringkat bayi hingga kanak-kanak.

Ini termasuklah pertumbuhan gigi. Dalam hal penjagaan gigi kanak-kanak, ibu bapa perlu menggalakkan minat anak untuk memberus gigi.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Biarpun hanya gigi susu dan akan berganti pada usia enam atau tujuh tahun, ia berfungsi sama penting seperti gigi kekal yang patut dijaga.

Pembersihan gigi susu wajar dimulakan sebaik saja ia tumbuh, gunakan kain lembut atau berus gigi sesuai untuk kanak-kanak dengan sedikit ubat gigi.

Penjagaan gigi juga perlu dilakukan secara berjadual dua kali sehari dan jika anak-anak diberi didikan sejak kecil, lama-kelamaan mereka akan faham sendiri rutin ini.

Risiko tersekat di kerongkong, awas biarkan kanak-kanak memberus gigi!

Menurut perkongsian doktor Mohd Khairul Izwan, ini yang akan terjadi jika kita memandang ringan dan tidak membantu anak kecil menjaga gigi susu;

1. Gigi susu akan berisiko untuk mengalami kerosakan ketika usia anak masih kecil.

2. Jika dibiarkan tanpa dirawat, kerosakan gigi akan semakin melarat dan mengenai bahagian saraf gigi.

3. Gigi akan mulai sakit akibat jangkitan kuman merebak ke bahagian saraf gigi.

Iklan

4. Jangkitan kuman yang berasal dari gigi akan mengakibatkan gusi membengkak dan bernanah.

5. Anak-anak akan berkurang selera makan akibat sakit gigi.

6. Anak-anak akan susah untuk tidur kerana sakit gigi pada waktu malam.  Ibu bapa juga turut sama terganggu kerana perlu menjaga mereka yang sukar tidur.

7. Prestasi pembelajaran anak-anak akan menurun kerana tidak dapat hadir ke sekolah atau tidak dapat fokus belajar akibat mengalami sakit gigi.

Baca juga 1 sajian siakap bersamaan 5 sudu makan isi ikan, ini disyorkan NutritionistKKM

8. Masalah pertuturan.

9. Penampilan terjejas.

10. Emosi dan perkembangan mental anak-anak boleh terjejas jika sering diejek oleh rakan-rakan sebaya.

11. Masalah susunan gigi kekal boleh timbul di kemudian hari di mana gigi kekal berisiko menjadi tidak teratur dan berlapis.

Jadi, siapa kata masalah gigi susu tidak berbahaya?

Iklan

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr Mohd Khairul Izwan