Ibu bapa sanggup bawa anak kecil ke tempat awam, sesak tanpa perlindungan

A
A
A

SITUASI seumpama ini mungkin pernah dilihat dalam khalayak ramai. Walaupun negara sedang menguatkuasakan Perintah Pawalan Pergerakan (PKP) masih ada yang berdegil keluar membawa anak kecil keluar tanpa sebab munasabah.

Menurut Public Health Malayia, pihaknya banyak menerima kiriman foto ibu dan bapa lengkap pelitup muka, namun anak yang dibawa tiada sebarang perlindungan.

Baca juga Dilarang ziarah Aidilfitri, muncul pula trend beraya di mall

“Terdapat beberapa perkongsian yang dihantar menunjukkan sesetengah ibu bapa membawa anak keluar ke pusat beli-belah pada waktu ini.

“Lebih mengejutkan, ibu bapa memakai topeng muka, tetapi anak dibiarkan berlari di dalam pasar raya tanpa perlindungan.

“Situasi ini sama seperti ibu bapa memakai topi keledar, tetapi membiarkan anak tanpa topi keledar membonceng di hadapan atau di belakang,” kongsi Public Health Malaysia di Facebook baru-baru ini.

Untuk makluman, anak anak berusia dua tahun ke bawah tidak digalakkan memakai topeng muka. Justeru, mereka sewajarnya berada di rumah dan tidak digalakkan dibawa ke tempat yang sesak.

Walaupun tiada sekatan sedemikian di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, namun adalah menjadi tanggungjawab keluarga untuk tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya.

Baca juga Guna kontena simpan jenazah Covid-19. Hospital Sungai Buloh tak mampu menampung jumlah kematian

Pemakaian pelitup muka pada kanak-kanak berumur dua tahun dan ke bawah tidak digalakkan, malah boleh membahayakan kesihatan dan nyawa bayi.

• Jika terlalu ketat bayi boleh lemas kerana salur pernafasan bayi adalah kecil. Jika kurang kemasukan oksigen dengan memakaikan pelitup muka, bayi akan lemas.

• Jika terlalu longgar, bayi tidak mendapat apa perlindungan pun. Bahkan, pelitup muka jenis N95 pun tiada yang direka dan diiktiraf selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

• Anak akan gelisah dan meraba-raba pelitup muka. Ini akan menggalakkan jangkitan dan penyebaran virus.

 

Jadi bagaimana nak lindungi anak-anak di bawah usia dua tahun pada musim pandemik Covid-19 ini?

Cara terbaik melindungi bayi dan anak kecil dengan tidak membawa mereka ke tempat awam yang sibuk.

Selain itu, sentiasa amalkan penjarakan sosial. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. #kitajagakita

Sumber: Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca