Ibu hamil jangan fikir 2 kali untuk ambil vaksin, ini risiko anda kena tahu
SEJAK akhir-akhir ini, kita berhadapan jumlah kes kematian yang tinggi akibat Covid-19.
Tidak kurang juga kematian yang melibatkan ibu hamil. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ibu hamil
adalah termasuk dalam golongan berisiko seperti bayi dan warga emas.
Menurut pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan ibu hamil mempunyai risiko tinggi dijangkiti Covid-19 kerana
sistem imuniti mereka rendah.
"Ibu hamil jangan fikir dua kali untuk ambil vaksin. Ibu hamil mempunyai risiko 62 peratus lebih tinggidimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding ibu tak hamil.
"Satu dalam lima orang ibu hamil akan mengalami kelahiran pramatang. Risiko jangkitan dari ibu kepada anak adalah sebanyak lapan peratus.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
"Mereka boleh mengambil vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Vaksin selamat tak kira berapa umur
kandungan. Cuma Kementerian Kesihatan (KKM) sarankan 14 hingga 33 minggu.
"Pastikan ibu hamil amalkan penggunaan pelitup muka berganda bersama faceshield, jaga jarak dan sentiasa basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer," ujarnya.
Sementara itu, menurut Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, antara kesan jangkitan Covid-19 kepada ibu
hamil adalah;
1. Mendapat jangkitan teruk yang boleh membawa maut.
2. Memerlukan bantuan pernafasan dan rawatan rapi.
Bayi pula berisiko tinggi;1. Kelahiran pramatang iaitu kelahiran secara pembedahan kecemasan bagi membantu rawatan ibu.
2. Mati dalam kandungan.
Baca juga Jangan bahayakan nyawa! 6 kajian Ivermectin tidak berkesan cegah kematian
Kepentingan vaksin kepada ibu hamil;
1. Mencegah jangkitan yang teruk.
2. Mengelakkan kompilasi bayi.
3. Terbukti berkesan dan selamat.
Justeru, jika korang yang sedang hamil tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.
Walaupun ia adalah pilihan peribadi, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik yang boleh dilakukan oleh si
ibu untuk menyelamatkan dua nyawa dalam situasi pandemik ini.
Benar, pencegahan itu lebih baik supaya jangkitan yang dialami (sekiranya berlaku jangkitan) tidak menyebabkan kesan yang teruk atau maut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang