Ibu hamil positif Covid-19 wajib ke CAC walau tak ada gejala, 6 perkara perlu buat elak hilang dua nyawa
AKHIR-akhir ini, kita digemparkan dengan jumlah kes kematian yang tinggi melibatkan Covid-19.
Tidak kurang juga kematian yang melibatkan ibu hamil. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ibu hamil adalah termasuk dalam golongan berisiko seperti bayi dan warga emas.
Justeru, apabila disahkan positif Covid-19, prosedur yang perlu diambil oleh ibu hamil berbeza. Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi enam langkah yang wajib diambil oleh golongan ini.
LANGKAH IBU HAMIL POSITIF COVID-19
1-Hadir Pusat Penilaian Covid-19 (CAC - Covid-19 Assesment Centre) untuk penilaian oleh doktor sekalipun tidak mempunyai gejala.
2-Ibu hamil peru akur dan mengikuti nasihat doktor sekiranya perlu dipantau di fasiliti kesihatan.
3-Sekiranya berada di rumah dan gejala jangkitan semakin teruk, ibu hamil perlu segera ke klinik atau CAC berdekatan.
4-Ketahui gejala yang memerlukan rawatan segera iaitu sesak nafas, sakit dada, kurang tahap sedar serta ketepuan oksigen kurang dari 95 peratus (yang boleh dikesan melalui penggunaan alat oksimeter).
5-Jika berhadapan dengan situasi kecemasan, ibu hamil perlu menghubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan.
6-Menekan butang SOS pada aplikasi MySejahtera jika bantuan segera diperlukan.
Ikuti kami di Instagram!
Baca juga Vaksin Covid-19 Dan Kehamilan, Apa Ibu-Ibu Di Luar Sana Perlu Tahu?
Selain itu, ibu hamil tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.
Walaupun ia adalah pilihan peribadi, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik yang boleh dilakukan oleh si ibu untuk menyelamatkan dua nyawa dalam situasi pandemik ini.
Benar, pencegahan itu lebih baik supaya jangkitan yang dialami (sekiranya berlaku jangkitan) tidak menyebabkan kesan yang teruk atau maut.
LIMA LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 IBU HAMIL
1. Ibu hamil dinasihatkan untuk melengkapkan vaksin sebelum fasa akhir kehamilan.Pengambilan vaksin boleh mengurangkan risiko komplikasi jika masih dijangkiti Covid-19. Suami perlu memainkan peranan memberikan dorongan dan sokongan buat isteri dalam perkara ini.
2. Sebagai golongan yang berisiko tinggi, ibu hamil disarankan untuk kekal di rumah. Perlu meletakkan prioriti dan mempertimbangkan keputusan untuk keluar rumah bagi tujuan penting sahaja.
3. Selain itu, amalkan juga norma baharu seperti memakai pelitup muka, mengelakkan kawasan sesak serta sentiasa mencuci tangan.
4. Bagi keluarga yang mempunyai ibu hamil, peringatan perlu diberi kepada ahli keluarga yang lain agar tidak menjadi punca jangkitan Covid-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sewaktu berada di luar rumah.
5. Sekiranya ada ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh kepada prosedur kuarantin sepenuhnya seperti mana yang ditetapkan.
View this post on Instagram
Diharapkan semua pihak perlu mengambil langkah segera dan waspada. Jangan cuai mematuhi SOP bagi mengelakkan wanita hamil menjadi mangsa terkorban akibat virus ganas ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang