IBU sudah menjadi fitrahnya sentiasa berusaha untuk melunaskan tanggungjawab paling terbaik untuk suami dan anak-anak.

Setiap ibu juga akan berkorban apa sahaja untuk keluarganya. Sebolehnya insan bergelar wanita ini mahu menguruskan hal rumah tangga seorang diri sempurna yang mungkin.

Pun begitu, dalam menguruskan yang terbaik buat mereka, wanita biasanya akan mengalami stres.

Rupanya ada caranya bagi mengelakkan tertekan atau penat dari menguruskan hal rumah tangga seorang diri.

Ibu-ibu perlu percaya pada kemampuan suami dan anak-anak, berkongsi bersama mereka tentang erti tanggungjawab, berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

Susah di kemudian hari nanti, apabila mereka semakin menjadi berat tulang! Dari anak usia muda dah boleh ajar untuk membantu dalam menguruskan tugas-tugas mudah di rumah.

Ibu, percayakan anak dan suami, mereka boleh lakukannya!

Bila jadi mak-mak ni semua benda kita nak buat. Bila dibiarkan jadi bebanan tanpa kita sedar boleh trigger stres dalam diri kita.

Baca juga

Sebab apa?

  • Sebab kita tak yakin bila anak buat.
  • Sebab kita tak puas hati bila anak buat.
  • Sebab kita tak sabar nak menunggu anak siap buat.
  • Tambah lagi bila kita ada anak lelaki. Rasa kurang percaya dengan kemampuan mereka ni.

Tapi bila kita teruskan tak letakkan sebarang harapan kepada mereka inilah akan menjadikan mereka seorang suami atau ayah yang berat tulang kepada isteri dan anak-anak mereka kelak.

Suami dan anak akan jadi berat tulang;

Lepas makan, tinggal pinggan dalam sinki.
Lepas mandi, tak pernah sental bilik air.
Lepas tukar baju, tinggal dan sepah atas lantai.
Lepas buat kerja, sampah dibiarkan saja.
Kita taknak macam ni. Anak jadi tak boleh harap dan risau sampai tahap mereka jadi kurang ajar. Kita pula, hari-hari terus penat tanpa dibantu.

Seawal dua atau tiga tahun sudah boleh ajar anak erti tanggung jawab;

Kanak-kanak seawal usia dua atau tiga tahun inilah kita boleh perkenalkan mereka dengan erti tanggungjawab.
Tak perlu kejar kesempurnaan, kerana mereka belajar dulu secara berperingkat sepertimana belajar berjalan, pasti akan terjatuh dulu sebelum dapat berjalan dengan baik.

Iklan

Belajar dari pengalaman. Berikan masa dan peluang. InsyaAllah pengalaman tersebut akan dapat mendewasakan mereka.

Percayakan mereka dan raikan prosesnya, yakin mereka boleh buat apa yang orang lain boleh buat juga.

Berikan peluang dan percayakan mereka!

Bagi mereka peluang untuk menunaikan tanggngjawab untuk diri sendiri dulu seperti menggosok gigi sendiri, menyimpan mainan, letak pakain dalam bakul.

Walaupun tak sebersih dan sekemas apa yang diharapkan, namun tetap hargai usaha mereka.

Iklan

Tetapkan peraturan, jadual dan jadikan rutin. Lama kelamaan tanggungjawab yang mereka laksanakan akan menjadi kebiasaan.

Dan dengan izin ALLAH anak akan membesar dan berkeluarga satu hari nanti dan menjadi orang yang tak menyusahkan isteri dan anak mereka. Insya-ALLAH.

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.