Ibu perlu tahu, ini 10 makanan tinggi mineral zink terbaik buat anak
IBU-IBU, adakah anda tahu kepentingan dan kebaikan mineral zink kepada tubuh khususnya untuk kanak-kanak?
Kebaikan zink selalu disebut sebagai unsur surih penting (essential trace element) memandangkan anda hanya memerlukan jumlah zink yang sedikit untuk kekal sihat.
Bagaimanapun, kekurangan zink boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti pembesaran terbantut dan cirit-birit bagi kanak-kanak dan masalah pemulihan luka.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, mineral zink sangat penting untuk imuniti anak-anak. Antaranya;
1. Zink main peranan untuk optimumkan fungsi lebih 300 enzim dalam badan manusia. Yang akan bantu dalam banyak sangat proses penting untuk tubuh badan.
2. Zink jalankan kerja untuk metabolisma nutrisi dari makanan.
3. Zink kuatkan sistem imun.
4. Zink tolong repair tisu-tisu dalam tubuh anak.
5. Zink tolong mantapkan proses penghadaman.
6. Zink penting untuk kesihatan saraf.
Ujarnya, banyak sangat kepentingan zink untuk anak-anak. Tapi, kita tak mampu nak hasilkan sendiri mineral zink. Perlu juga dapatkan dari makanan atau supplement.
Bila kita ajar anak untuk ambil makanan sebenar (real food), makanan yang ada kandungan zink, pelbagaikan real food yang diambil, ini yang akan buatkan anak dapat keperluan zink yang cukup.
Menurutnya, antara 10 makanan tinggi kandungan mineral zink adalah;
1. Daging kambing
2. Oyster
3. Kacang kuda
4. Biji labu
5. Kacang gajus
6. Cheddar cheese
7. Telur
8. Oat
9. Keledek
10. Dark chocolate
"Bukan kena ambil semua makanan ini setiap hari tau. Kita cuba pelbagaikan je untuk anak-anak makan. Dalam satu minggu, mesti ada 10 contoh makanan ni setiap hari.
"Yang susah nak dapat dan mahal boleh tahan tinggi macam oyster tu, tak payah pun tak apa. Kita ganti dengan je jenis seafood lain. Ketam, lala, udang.
"Yang penting, setiap hari cuba untuk bagi makanan yang tinggi mineral zink untuk anak-anak," pesannya.
Baca juga Sedapnya, ibu perlu tahu 7 sebab kenapa perlu beri anak air kelapa setiap minggu
Dr Mazliana turut mengatakan pemakanan harian anak-anak amat mempengaruhi kesihatan mereka.
"Ramai kongsi anak kerap tak sihat. Sebenarnya, kita perlu belek balik pemakanan apa yang kita selalu bagi anak, apa makanan yang kita jarang bagi anak.
Baca juga 11 sebab kenapa melompat bagus untuk kita dan anak- anak.. nombor 9 tu mesti ramai yang suka
"Kalau masih ambil makanan tinggi proses, yang ini memang sangat-sangat kena elakkan bila anak tak sihat. Bila dah sembuh pun, tetap kita cuba berpada ya. Kita buat sama-sama ya," ujarnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang