SEJAK beberapa hari lalu negeri di Pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan menghadapi hujan beterusan dan angin kencang.

Keadaan tersebut sekali gus menjadikan kedua-dua negeri tersebut dilanda banjir besar ibarat seperti musim tengkujuh pada Disember yang lalu.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Siapa sangka kali ini, kawasan Hulu Terengganu di Terengganu dilihat lumpuh dan seluruh kawasan hampir ditenggelami banjir.

Antara kawasan paling teruk terjejas ialah sekitar Kampung Sekayu, Kampung Kemat, Kampung Tapah, Felcra Bukit Kepah, Kampung Lubuk Periuk, Kampung Sungai Berua dan beberapa lagi kawasan berhampiran.

Menitis air mata penulis apabila melihat situasi mangsa banjir yang tular di media sosial.

Air yang naik sangat cepat sehingga banyak rumah penduduk ditenggelami air deras ke paras bumbung.

Baca juga Waspada, Hujan Sangat Lebat Berterusan, Angin Kencang Diramal Di Semenanjung – Meteorologi Malaysia

Bagaimana nasib anak kecil, warga emas, warga Orang Kurang Upaya (OKU) dan seluruhnya di sana. Hanya ALLAH yang dapat membantu.

#SiBibirMerah Keadaan banjir makin buruk, doakan Hulu Terengganu...

Dikatakan pengamal media turut berdepan kesukaran ke kawasan banjir kerana terputus hubungan ke lokasi berkenaan dan masalah pengangkutan.

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 15 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah itu dan kini menempatkan 772 mangsa banjir yang dijangka semakin bertambah sehingga lewat petang Ahad.

Baca juga #SiBibirMerah “Kalau jumpa botol ini, jangan percaya projek sains” – Masalah sosial akibat dadah menggerunkan

Sementara itu, Polis Daerah Hulu Terengganu turut menasihati mangsa banjir agar segera berpindah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Buat mangsa yang sedang bergadai nyawa menghadapi bah banjir, sabar dan terus menjaga keselamatan diri serta keluarga.

Mohon korang doakan untuk Hulu Terengganu…