Idea luar biasa penangan Covid-19, dashboard kereta pun jadi taman mini kaktus

A
A
A

AKTIVITI mendeko dan bercucuk tanam menjadi hobi baharu buat rakyat Malaysia selepas memanfaatkan tempoh lebih tiga bulan #stayathome.

Selepas pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dek penangan wabak covid-19, ramai meluangkan masa bersama keluarga dan melakukan aktiviti bersama di rumah.

Projek menanam pokok antaranya aktiviti yang mengisi kekosongan ramai dalam kalangan masyarakat kita semasa tempoh PKP.

Apa yang menjadi perhatian ialah trend kebun minimalis dalam kereta pula viral dalam media sosial sehinggakan menjadi perbualan warganet.

Jika disemak, post yang tular dalam Facebook itu sudah lama. Namun begitu, tampaknya ia kembali menjadi perhatian dan trending sejak kebelakangan ini berikutan idea yang unik menggunakan dashboard kereta.

DASHBOARD KAKTUS

Barangkali disebabkan kereta yang tersadai terlalu lama menimbulkan idea gila lebih-lebih lagi jenis tanaman yang dipilih adalah yang tahan lasak atau erti kata lain, sesuai di kawasan panas.

Pemilihan pokok renek dan kaktus yang ditanam di atas dashboard jika dipandang agak menarik, namun disifatkan kurang praktikal dengan duri tajam berisiko mengancam keselamatan.

Lihat sahaja pokok kaktus minimalis yang disusun cantik. Begitupun, tidak dinafikan ia menceriakan persekitaran yang agak kusam.

Artikel berkaitan: Soalan advance warganet bikin calon peperiksaan subjek Sejarah geli hati

Akan tetapi, bayangkanlah jika berlaku kecemasan dan airbag terbuka, pasti akan menyebabkan kecelakaan lebih buruk.

Gamaknya, perkongsian foto pokok hiasan taman mini dalam dashboard itu hanya menggunakan kereta yang tersadai dan tidak boleh digunakan lagi.

DASHBOARD KAKTUS

Jadi, daripada menjadi bangkai besi tiada fungsi, apa salahnya dijadikan hiasan dengan idea menakjubkan bagi mencantikkan lagi landskap halaman.

Realitinya, adakah yang sudah mencuba?

#janganputusasamalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca